Sunday, 4 December 2016

Salam Aidilfitri 1433H / 2012

19 August 2012 by  
Filed under al-Ahya' Yaumiyan, Islam, Raya

salam aidilfitri Salam Aidilfitri 1433H / 2012

basmalah Salam Aidilfitri 1433H / 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar;

Ramadhan

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya kita masih lagi diberikan keizinan untuk merasai nikmat Iman dan Islam sehingga saat ini. Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita dan alhamdulillah kita diberikan peluang untuk merasai, menempuhi dan menikmati bulan Ramadhan dengan penuh hingga ke akhirnya. Semoga kita akan dapat bertemu Ramadhan yang akan datang insyaAllah, berdoalah selalu “Allahumma Ballighni Ramadhan”.

Walaubagaimanapun, ada sebahagian daripada kita tidak sempat merasai nikmat Ramadhan sehingga ke akhirnya yang mana Allah SWT lebih menyayangi mereka. Ramadhan kali ini, dua saudara saya telah kembali ke rahmatullah, Cikgu Abdul Razak Baharuddin telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7 pagi, 30 Julai 2012 bersamaan 10 Ramadan 1433 Hijrah, serta pamanku Jamaluddin Bardon yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5 petang, 17 Ogos 2012 bersamaan 28 Ramadan 1433 Hijrah. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh mereka. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat mereka dan buat seluruh umat Islam yang lain. al-Fatihah!

mahmd aidilfitri 2012 Salam Aidilfitri 1433H / 2012

Syawal

Hari ini, Syawal telah menjelma dan kita menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah kerana kita telah kembali kepada fitrah kita iaitu suci dan bersih. Firman Allah SWT:

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

 (Surah ar-Rum : 30 : 30)

eid mubarak Salam Aidilfitri 1433H / 2012

Syawal yang juga merupakan hari kemenangan buat umat Islam selepas berpuasa dibulan Ramadhan, janganlah kita menghabiskan pahala sebulan Ramadhan yang kita kumpul hanya pada satu hari sahaja dengan dicemari dengan perkara yang lari dan melanggar batasan syariat Allah SWT. Antara perkara yang kerap orang kita lakukan apabila diumumkan Syawal, dentuman mercun dan bunga api di letupkan sehingga lewat malam. Tidaklah salah untuk kita mungkin bermain untuk menceriakan suasana, namun apabila kita mengeluarkan wang yang banyak semata-mata untuk perkara tersebut, ia adalah satu pembaziran yang nyata yang mana manfaat dan nikmatnya hanya bersifat sebentar.

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ أُولَٰئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ(6) إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ(7) جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ(8)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Injil, Taurat, Zabur, al-Quran) dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekal lah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk (6) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk (7) Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (8)

(Surah al-Bayyinah : 98 : 6-8)

Ayat ke-enam Allah SWT memberitahu kepada kita bahawa mereka yang kafir dari kalangan ahli kitab itu ditempatkan di neraka jahannam dan kekal mereka didalamnya. Apakah antara ciri-ciri orang yang kafir itu? Allah SWT berfirman:

… وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

…dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

(Surah al-Ma’idah : 5 : 44)

Di pagi raya, para wanita tidak menjaga aurat mereka, tidak lupa juga buat lelaki yang berseluar pendek dan lain-lain, pergaulan antara lelaki dan wanita yang tidak terbatas, bersalam-samalam berlainan jantian, semua ini merupakan hukum-hukum Allah yang disyariatkan yang perlu dituruti dan ianya akan menghapuskan pahala yang telah dikumpul selama sebulan pada bulan Ramadhan. Semoga kita terhindar dari azab neraka Allah, Na’uzubillah Min Zalik.

Pada ayat ke-tujuh dan ke-lapan, Allah SWT menerangkan bahawa mereka yang beramal soleh adalah sebaik-baik makhluk. Bagaimana untuk menjadi hamba yang soleh? Antara contoh diatas, wang yang digunakan untuk membeli mercun itu, infaqkanlah ke jalan Allah sama ada melalui sedekah di masjid atau anak yatim, mahupun sebagai zakat untuk asnaf dan lain-lain. Allah redha mereka ini (orang soleh) dan mereka ini meredhai segala nikmat pemberianNya termasuk ujian dan lain-lain.

Ucapan & Harapan

ucapan hari raya Salam Aidilfitri 1433H / 2012

سلام عيدالفطري 1433ه
عيد مبارك سعيد
كل عام وانتم بخير
أعاده الله علينا باليمني والبركات
عساكم من العاءدين والفاءزين المقبولين
تقبل الله منا ومنكم

Salam Aidilfitri 1433H
Eid Mubarak Sa’eid
Kullu Aam Wa Antum Bikhair
A’aadahullahu ‘Alaina Bilyamni Walbarakat
‘Asakum Minal ‘Aidin Wal Faizin Al-Maqbulin
Taqobbalallahu Minna Wa Minkum
Maaf Zahir dan Batin

Kepada teman-teman yang balik berhari raya di kampung dengan menggunakan kenderaan, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Pandu dengan cermat dan berhati-hati. Saya mendoakan semoga teman selamat sampai ke destinasi dan seterusnya merayakan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Di Aidilfitri ini, pelbagai juadah terbentang disediakan untuk para tetamu. Setelah sebulan berpuasa, nafsu untuk menjamu itu menjadi kuat. Namun janganlah sampai terlupa untuk menjaga kesihatan kita. Jom tonton klip video dibawah untuk mendapatkan tip-tip pemakanan di Syawal yang mulia ini. Disampaikan oleh Dietitian Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Puan Najwa Munazzah Binti Mohamad Rabeh dengan tajuknya, “Makanan Mudarat Ketika Raya” secara Live! di Wanita Hari Ini TV3, 23 September 2008. icon smile Salam Aidilfitri 1433H / 2012

Saya ingin memohon kemaafan daripada semua yang mengenali, tidak mengenali, dan sesiapa sahaja akan diri ini. Mungkin ada yang saling tidak mengenali, namun saya mengeluarkan kata-kata yang memburukkan diri kalian, apatah lagi kepada yang saya kenali, gurau sendaku, marah dendamku, kesilapanku semua, ku mohon kemaafan. Khas buat ibu bapaku serta guru-guruku, ampunkan dosa-dosa (banyak ni) anakmu ini. Mungkin diluar tampak segak, namun didalam, hati mengata.

Semoga kita semua berada dibawah naungan Allah dan menjadi anak yang soleh dan solehah InsyaAllah.

578868 431425496908486 1101829384 n Salam Aidilfitri 1433H / 2012

(Abdul Khaliq Az-Zahi, Mohamad Aimaduddin, Zawil Hikmah)

Akhir kalam, semoga ibadah kita diterima Allah SWT hendaknya..

Wassalamu’alaikum.

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (2011-2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mahmud [at] iluvislam [dot] com

Kredit Gambar:

pixel Salam Aidilfitri 1433H / 2012

Facebook Comments

comments

Comments

One Response to “Salam Aidilfitri 1433H / 2012”
  1. I blog often and I really appreciate your content. This great article has really peaked
    my interest. I will book mark your site and keep checking for new information about once a week.
    I subscribed to your Feed as well.
    toyota ben thanh recently posted.. toyota ben thanhMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge