Sunday, 4 December 2016

Salam Ramadhan al-Mubarak 1433H

basmalah Salam Ramadhan al Mubarak 1433H

Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Alhamdulillah, kita telah selamat sampai ke bulan Ramadhan, semoga Allah memberkati amalan kita. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak buat pembaca sekalian. Mohon maaf zahir dan batin daripada semua. Sedikit perkongsian yang ingin saya paparkan buat anda.

Tahukah anda bahawa bulan Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang disebut didalam al-Quran? Bulan Rejab, Syaaban, Syawal, Julai, Januari dan lain-lain tidak pula disebut. Maka dengan itu, kita seharusnya (sewajibnya) mengambil peluang yang Allah SWT berikan kepada kita ini dengan sebaiknya.

5980724844 c9c927960f z Salam Ramadhan al Mubarak 1433H

Firman Allah SWT:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

(al-Baqarah : 2 : 185)

Dalam ayat diatas Allah SWT memberitahu kita bahawa:

1- al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, namun bila ia diturunkan? Adakah pada peristiwa yang sering kita sambut iaitu malam Nuzul al-Quran?

Firman Allah SWT di dalam Surah Ad-Dukhān:

ِإِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat;

(Ad-Dukhān : 44 : 3)

Allah SWT menyatakan pada kita bahawa al-Quran telah diturunkan pada malam yang berkat yakni malam-malam di dalam bulan Ramadhan. Namun, bilakah pula malam yang berkat itu?

Firman Allah SWT:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Lailatul-Qadar.

(al-Qadr : 97 : 1)

Jelas disini bahawa al-Quran diturunkan pada Lailatul Qadar. Bila pula Lailatul Qadar ini? Beberapa pendapat mengatakan Lailatul Qadar terjadi pada 1 malam ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan (malam ke 21, 23, 25, 27, atau 29), antaranya:

عن عائشة رضي الله عنها أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان

Daripada Aisyah R.A. katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.” [HR Bukhari]

Lailatul Qadar amat istimewa buat semua ummat Islam untuk mendapatkan redha dan keberkatan Allah SWT. Secara ringkasnya, Firman Allah SWT:

ِإِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ(5)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)

(al-Qadr : 97 : 1-5)

 

6053059114 7012473206 o Salam Ramadhan al Mubarak 1433H

 

2- Ayat tersebut juga menyebut bahawa sesiapa yang melihat anak bulan Ramadhan, dia wajib berpuasa. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(al-Baqarah : 2 : 183)

Ibadah Ramadhan telah diwajibkan sebelum ummat Nabi Muhammad SAW lagi. Maka tiada alasan untuk kita memberi alasan untuk tidak berpuasa. Terdapat beberapa artikel tentang kaedah untuk menetapkan anak bulan Ramadhan, antaranya DI SINI. Maka hendaklah kita sebagai ummat Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhkan bulan Ramadhan ini dengan amal ibadah serta istiqomah dalam mengamalkannya.

Solat Tarawih, tadarrus al-Quran, I’tikaf, Qiamullai jangan kita tinggalkan. Walau hari-hari kita masih sama seperti kebiasaan. Namun setiap amalan yang kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala. Ambil cawan, minum, menaip, melayari internet, memandu kenderaan dan sebagainya, buatlah dengan iringan zikir dan selawat. Semoga dapat membantu kita di akhirat kelak.

Buat anda yang selalu pergi kerja dengan sesakan jalanraya/jauh menjadi rutin, iringilah perjalanan anda dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Mungkin ada yang tidak mampu untuk menkhatamkan satu al-Quran, namun jika kita dapat mendengar sehingga khatam pun pahala tetap ada disitu. Perbanyakkanlah amalan kita. Semoga dapat menjadi hamba yang beriman dan soleh.

 

3- Keringanan juga telah diberikan iaitu bagi mereka yang tidak mampu (uzur) seperti sakit, bermusafir dan lain-lain, mereka boleh berbuka, namun mereka hendaklah menggantikan puasa itu sebanyak yang mereka tinggalkan.

Kita juga disunatkan bersahur sebelum berpuasa disiang hari, Sabda Rasulullah SAW:

Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Bersahurlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim, katanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Makanlah sahur kerana ia menolong menguatkan kamu berpuasa pada siang hari.”

Seterusnya disunatkan juga melambatkan makan sahur, tetapi janganlah hingga terbit fajar.

Riwayat dari Abi Dzar ujarnya: “Sentiasalah umatku dalam kebajikan selama mereka melambatkan sahur dan mencepatkan berbuka.”

Selain itu, menyegerakan berbuka puasa juga antara yang disunatkan.

Abi Zar meriwayatkan: “Bahawa Nabi SAW pernah bersabda: Umatku akan tetap segar-bugar, selama mereka melambatkan makan sahur dan berbuka dengan segera.

Berbuka dengan buah tamar atau air sejuk.

Diriwayatkan dari Annas: “Rasulullah saw berbuka sebelum solat dengan rutab (korma mengkal) kalau tidak ada. Baginda berbuka dengan tamar (korma biasa) dan jika tidak ada tamar Baginda minum dengan beberapa teguk air.”

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya berikan. Bacaan lanjut boleh rujuk laman-laman web dibawah. 

556570 389340961130758 1875517069 n Salam Ramadhan al Mubarak 1433H

Sedikit ucapan dari saya; “Buat seluruh keluarga, kerabat, guru, sahabat dan semua yang mengenali. Saya Mahmud Al-Kauthar Mohamad Rabeh ingin memohon ampun dan maaf tidak terhingga seandainya sepanjang perkenalan ini ada salah laku, silap kata, cerca cela, singgung rasa, duka lara, makan hati dan lain-lain yang segolong dengannya. Mohon ampun maaf zahir dan batin, seluruh jiwa raga rohani jasmani.

Semoga Ramadhan kita dilimpahi dengan rahmat Allah SWT, mendapat keampunan dari Allah SWT dan dihindarkan serta bebas dari azab api neraka.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, selamat beribadah, bermunajat, berqiam, bertemu lailatul qadr dan istiqomah sepanjang masa. Ramadhan Kareem. Amiin.

Renung-renungkan dan buka mata anda dan juga mata hati:

- berpuasa tetapi tidak solat
- berpuasa tetapi tidak menutup aurat
- berpuasa tetapi mengumpat
- berpuasa tetapi terus menabur fitnah
- berpuasa tetapi memandang yang haram
- berpuasa tetapi mendengar yang haram
- berpuasa tetapi berkata yang haram
- berpuasa tetapi derhaka kepada ibu bapa
- berpuasa tetapi memutuskan silaturrahim
- berpuasa tetapi buat perkara maksiat
- berpuasa tetapi …..

Wallahu’alam.

Wassalamu’alaikum WRT WBT.

 

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (2011-2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mahmud [at] iluvislam [dot] com

 

Rujukan:

 

 

pixel Salam Ramadhan al Mubarak 1433H

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge