Foto Hari Ini
9 August 2015 by Mahmud Al-Kauthar
Filed under Wordless
Inna lillahi wa inna ilaihi roji’uun.Pada 9 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H, telah kembali ke rahmat Allah seorang tokoh ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Al-‘Alim Al-‘Allaamah Al-Faqih Al-Ushuli Wal Mufassir, As-Syeikh Ad-Duktur Wahbah Az-Zuhaili rahimahullahu ta’ala.Beliau dilahirkan pada tahun 1932M di Dir Athiyah, Dimasyq, ibukota negara Syiria.Beliau merupakan tokoh kibar ulamak, permata ummah, yang banyak menghabiskan umurnya dengan menulis dan menyebarkan ilmu-ilmu syari’at yang bermanfaat untuk agama Islam dan umatnya.Di antara kitab-kitab karangan beliau yang menjadi peninggalan dan khazanah berharga kepada umat Islam adalah seperti Tafsir Al-Munir (20 jilid), Fiqhul Islam Wa Adillatuh (18 jilid), Ushulul-Fiqh Al-Islami (1 jilid), Al-Wajiz Fi Ushulil-Fiqh (1 jilid) dan banyak lagi.Pastinya ini merupakan berita yang amat menyedihkan bagi umat Islam khususnya pencinta ilmu dan ulamak Ahlis Sunnah Wal Jama’ah.Semoga Allah mengampuni dan menempatkan beliau bersama arwah para syuhada’ mukminin siddiqin solihin di syurga yang tinggi. Allahumma Aameen.إنا لله وإنا إليه راجعون.اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.إن القلب ليحزن وإن العين لتدمع ولا نقول إلا ما يرضى ربنا.اللهم ارض عنه واغفر له وارحمه واجعل قبره روضة من رياض الجنة واجعله في الفردوس الأعلى من الجنة.Selalu mendengar namanya disebut di Radio IKIM yang membacakan nukilan almarhum. :'( :'(
Posted by kautharhilmyz – from Instagram.

← Foto Hari Ini
Foto Hari Ini →