Friday, 17 January 2025

PAS Lancar Aplikasi Android Touch `n Get (TnG)

18 November 2012 by  
Filed under Android, Islam, Politik, Teknologi

PENGKALAN CHEPA, 17 Nov – Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan satu aplikasi Android untuk ahli PAS yang menggunakan smartphone tersebut di muktamar tahunan parti itu.

Aplikasi yang dikenali sebagai PAS Touch n Get (TnG) itu dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat boleh dimuat turun dari laman web http://www.pas.org.my/TnG.

Dalam era teknologi yang kian membangun pesat ini, PAS telah menggunakan peluang yang ada untuk di manfaat kan kepada semua ahli serta orang luar untuk mengetahui info dan maklumat tentang parti itu. Menggunakan kelebihan yang ada pada Android, aplikasi PAS Touch `n Get ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat di hujung jari. Berikut di senaraikan fungsi dan gambar bagi setiap fungsi tersebut.

Tujuh menu disediakan dalam aplikasi PAS Touch `n Get ialah Berita, Kenali PAS, Aktiviti PAS, WebTV, Facebook, Twitter, dan Extra.

Dalam menu berita mengandungi berita Harakah, berita mengenai PAS Pusat, Ulamak PAS Pusat, Pemuda PAS Pusat, Muslimat PAS Pusat, Presiden PAS. Portal seperti Tranungkite, Malaysiakini, Keadilan Daily, Bernama, Islam Online, dan Al-Jazeera boleh diakses menggunakan aplikasi ini.

Dalam menu Kenali PAS mengandungi sejarah, misi, visi, perlembagaan, pimpinan, keahlian, lagu rasmi, hubungi, direktori Pejabat PAS Negeri dan Kawasan.

Dalam menu Aktiviti mengandungi aktiviti PAS.

Dalam menu WebTV mengandungi semua chanel WebTV PAS.

Dalam menu Facebook dan Twitter pula semua ahli PAS Pusat, Ulamak Pusat, Pemuda Pusat, Muslimat Pusat, Harakah Daily, Mursyidul Am, dan Presiden PAS boleh diakses.

Akhir sekali, menu Extra mengandungi bahagian Semakan Pemilih, Al-Ma’thurat, Hadith Arbain, Doa Harian, dan Buku Jingga.

Sumber: Laman Web PAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

One Response to “PAS Lancar Aplikasi Android Touch `n Get (TnG)”
  1. Berita Unik says:

    Fine way of explaining, and pleasant post to take facts about my presentation subject,
    which i am going to convey in institution of higher education.
    Berita Unik recently posted.. Berita UnikMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge