Tuesday, 18 February 2025

Salam Maal Hijrah 1434H

Firman Allah SWT:

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah an-Nisa’ : 4 : 100)

Sabda Nabi Muhammad SAW:

عن عمرَ بنِ الخطَّابِ رَضِيَ اللهُ عنهُ قالَ: سمعتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم يقولُ: إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ

Dari Umar Ibn Khattab Radiyallahu’anhu katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau (hijrahnya) kerana seorang perempuan yang ingin di kahwininya maka hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan untuk meneruskan hidup yang masih berbaki, di alam yang fana ini.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1434 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.

Satu Muharam Detik Permulaan, Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam, Dari Kota Makkah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh, Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa, Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua, Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman, Untuk Sepanjang Zaman

Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah.

Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.

Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah.

Fajar Islam telah menyinsing
Menyinari ke seluruh alam
Membawa rahmat kepada manusia
Jadi panduan kita semua

Agama Islam agama suci
Menyelamatkan jiwa insani
Nabi Muhammad sebagai utusan
Membawa berita yang gembira

Allah Allah
Jadikanlah Sunnah Rasul
Sebagai kenderaan

Allah Allah
Para sahabat tabiin
Jadi contoh dan juga teladan

Allah Allah
Jadikanlah kitabullah
Sebagai panduan

Allah Allah
Marilah susun barisan
Para mujahid berganding tangan

Allah Allah
Binalah iman dan taqwa
Buanglah sifat mazmumah

Allah Allah
Binalah kembali
Keagungan Islam tercinta

Di kala Islam sinar cahaya
Hilanglah gelap datang suria
Kebenaran pasti tertegak
Perjuangan pasti berjaya

Salam Maal Hijrah dan Awal Muharram 1434H
Kullu Aam Wa Antum Bikhair
Kullu Sanah Wa Antum Toiyibin
Aam Jadid Wa Alfun Mabruk
Taqobbalallahu Minna Wa Minkum

Sumber:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge