Friday, 25 April 2025

Bagaimana untuk Pindah/Transfer WordPress dari Main-Domain ke Sub-Domain atau sebaliknya

Assalamu’alaikum sahabat sekalian. 🙂

Sekian lama tidak mengupdate, update la sikit. Post kali ni berkenaan cara memindahkan blog dari main-domain ke sub-domain atau sebaliknya. 🙂

Blog saya ada di main-domain iaitu http://www.kauthar.net/ dan sekarang saya ingin pindah blog tersebut ke sub-domain seperti http://arkib.www.kauthar.net/ atau http://www.kauthar.net/arkib/.

Sekiranya itu yang anda hendak lakukan, jadi bolehlah anda menggunakan cara dibawah.

1) Pertama-tama dan paling penting adalah buat backup database dan fail anda, kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku maka anda boleh mengembalikannya.

2) Sekarang buka WordPress “Dashboard“.

3) Di Dashboard anda pergi ke Settings -> General.

4) Pada Tab General, anda akan menemui WordPress address (URL) dan Site address (URL), Sekarang anda akan dapat melihat URL main-domain anda seperti http://www.kauthar.net/ .

5) Sekarang tukar WordPress Address (URL) dan Site address (URL) dari main-domain anda ke sub-domain. Sila buat dan taip dengan teliti supaya tidak terjadi sebarang error. Pastikan anda sudah membuat backup seperti yang saya tulis pada nombor 1.

Sebagai contoh: –

Tukar dari http://www.kauthar.net/ kepada http://www.kauthar.net/arkib/ di bahagian WordPress Address (URL) dan Site address (URL).

6) Setelah anda pasti, simpan/save changes setting tersebut.

7) Buka link yang anda telah ubah tadi seperti http://www.kauthar.net/arkib/ dan anda akan dapat melihat “Page not Found 404” atau seumpamanya.

8) Sekarang “COPY” file2 anda dari main-domain ke sub-domain. INGAT, COPY SEMUA! JANGAN MOVE ATAU DELETE.

Contoh: -  Jika fail dan folder direktori blog anda adalah di “/public_html“, copy semua fail termasuk htaccess ke folder /public_html/arkib“.

9) Itu sahaja. Jika semuanya berjalan dengan lancar maka anda akan dapat melihat Blog WordPress anda sudah berada pada Sub-Domain anda.

Sekian, terima kasih. 🙂

Yang benar,

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Diploma Sains Komputer
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
mahmud[at]iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

One Response to “Bagaimana untuk Pindah/Transfer WordPress dari Main-Domain ke Sub-Domain atau sebaliknya”
  1. Rina says:

    Ternyata cukup simpel ya untuk bepindah alamat blog dari main domain ke subdomain
    Terima kasih atas tutorialnya, sukses selalu 🙂
    Rina recently posted.. Easy Ways To Create And Build A Responsive Website DesignMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge