Tuesday, 18 February 2025

Buat Email @1Malaysia Dengan Domain Sendiri Secara PERCUMA!!!

Assalamu’alaikum,

Ringkas sahaja post aku kali ni. Sekarang ni dok heboh dengan email 1Malaysia yang berharga RM50 JUTA!!!. Ulang balik, RM50 JUTA. Korang boleh lihat maklumat lanjut di http://www.myemail.my/. Projek tersebut merupakan projek syarikat Tricubes dan email tersebut dijana oleh Windows Live.

Antara kelebihan yang ditulis di laman web tersebut seperti berikut:

Disitu ada 4 kelebihan yang ditunjukkan buat masa ini. Yang atas sekali a.k.a pertama, One Inbox, alah, kalau dah email bawah kerajaan, mesti la dia dok SPAM benda2 notis, berita setengah suku dan berbalas email dengan mudah. Tengok je kat dalam email. Facebook lagi best. Aku tau Windows Live boleh integratekan dengan Facebook dan lain-lain gak..~! Ok lah, nak cerita 3 a.k.a tiga kelebihan terakhir, iaitu Store Anything, Do More Than Just Email dan Works Just Like Regular Email korang buat dengan sendiri dan PERCUMA. Ya, PERCUMA!!!. Korang juga boleh membuat email tersebut menggunakan domain korang secara PERCUMA. Contoh mahmud[at]kauthilmyz.iluvislam.com. Dah aku boleh menambah Ali kedalam email domain aku seperti ali [at] www.kauthar [dot] net.

Korang boleh meletak seberapa banyak akaun email [at] domainkorang [dot] com disitu. Peringkat permulaan anda hanya diberi 500. Dan anda boleh memohon untuk mendapatkan jumlah unlimited secara PERCUMA. Bagaimana korang boleh lakukannya??

Dibawah ini aku tunjuk cara-cara yang PERCUMA dan RINGKAS. Hanya fahamkan gambar, dan anda akan faham. Ada faham? 😀

Enjoyyy~!!!

(SILA KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS, BUKA GAMBAR DI NEW TAB LAGI SENANG)

 

Kesimpulannya, kesemua empat-4 kelebihan tu korang boleh dapat dengan PERCUMA atau pun kalau nak guna domain sendiri, anda hanya perlu beli domain dengan kos Rm40 sahaja, dan jika nak hosting, beli la RM70 ka berapa2 ke. So total kos +/-RM100. Jadi apa kejadah RM50 JUTA?????

Sekian, terima kasih. :-)

Yang benar,

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Diploma Sains Komputer
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
mahmud[at]iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

15 Responses to “Buat Email @1Malaysia Dengan Domain Sendiri Secara PERCUMA!!!”
  1. Wa..boleh wat email sendiri dah.

  2. Annamir says:

    Bagus! Membuka minda betul posting ni 😉
    Alangkah membazirknya hingga RM50j diberikan percuma kepada Tricubes!
    Annamir recently posted.. Water In Motion Unedited!My Profile

    • MaKR says:

      Uhuh.

      Saja try2 belajar.

      Lagipun tngk features yg Tricubes sediakan sebijik dengan apa yg Live Mail bg.

      Tu rasa nak wat tutorial sambil mencuba. 🙂

  3. Twit N View says:

    btol ler, ada yg PERCUMA kenapa perlu berbayar kan.
    sedangkan yg STREAMYX bg “percuma” bila langgan internet pun org tak pakai.
    saya sendiri pakai GMAIL jer untuk segala domain yg saya ada, jimat skit ruangan hosting.
    bila ler negara kita nak bljr berjimat, asyik suruh rakyat jer berjimat cermat…

  4. Azhar El Din says:

    RM50j tu tuk “tujuan” lain (sebenarnya..) project ni wat selindung jer..

  5. Jefry says:

    Salam kenal..
    Saya dari Indonesia, apakah sekiranya layanan email dengan domain sendiri diatas bisa dipergunakan oleh orang Indonesia ??
    terima kasih atas infonya
    Jefry recently posted.. Prakiraan Cuaca Dan Curah Hujan Wilayah Jakarta Hingga Seluruh IndonesiaMy Profile

  6. Bagus sekali artikel nya 🙂

    Visit Indonesian Search Engine..
    100% Buatan Orang Indonesia.. http://www.indokata.com/
    Bantu Sebarkan ke yang lain ya,, Thanks 🙂

  7. Thank you, I’ve recently been searching for information approximately
    this subject for a long time and yours is the best I’ve came upon till now.
    However, what about the bottom line? Are
    you positive concerning the supply?
    atlas indonesia recently posted.. atlas indonesiaMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge