Sunday, 4 December 2016

JomSolat di Windows Store

basmalah JomSolat di Windows Store

Assalamu’alaikum Wrt. Wbt.

Salam Ramadhan al-Mubarak buat pembaca sekalian. Semoga dapat meneruskan hari-hari terakhir Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Alhamdulillah, setelah berada di Google Play dan BlackBerry World, kini aplikasi JomSolat melangkah kehadapan dengan berada di Windows Store. JomSolat untuk Windows 8 ini boleh di muatturun melalui link dibawah atau boleh search di Windows Store dengan menaip JomSolat (terhad untuk beberapa kawasan buat masa ini).

Link download: http://apps.microsoft.com/windows/en-sg/app/jomsolat/b506a54b-58b5-4a07-b5b5-437038f2a227

Namun begitu, Permainan 1 (soalan kuiz) telah saya keluarkan kerana ada beberapa konflik ketika mengemaskini aplikasi ini. InsyaAllah saya akan sertakan dikemaskini seterusnya dan menambah lebih banyak fungsi-fungsi yang menarik. ^_^

Berikut paparan JomSolat di Windows 8:

jomsolatwindows8 01 JomSolat di Windows Store

jomsolatwindows8 02 JomSolat di Windows Store

jomsolatwindows8 03 JomSolat di Windows Store

Saya juga sedang mencari designer yang boleh design kembali JomSolat ini dari segi icon, background, watak lelaki dan wanita dan lain-lain keseluruhannya. Jika ada designer yang berminat untuk membantu membangunkan versi baru JomSolat, boleh hubungi saya melalui email yang tertera di bawah.

Bagi pengguna iOS yang ada bertanya, kekangan utama saya adalah ketiadaan peranti Mac. InsyaAllah jika ada rezeki saya akan bangunkan untuk versi seterusnya.

Semoga mendapat manfaat dan kongsikan bersama. Wallahu’alam. Jazakumullahu Khairan Kathira.

Wassalamu’alaikum Wrt. Wbt.

 

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Software Engineer
mail [at] kauthar [dot] net

pixel JomSolat di Windows Store

Facebook Comments

comments

Comments

2 Responses to “JomSolat di Windows Store”
  1. Rina says:

    Terima kasih atas share Jomsolat-nya untuk OS windows
    Salam Idul Fitri
    Rina recently posted.. Best List of Free Download Responsive Premium Blogger TemplatesMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge