JomSolat di BlackBerry World
11 April 2013 by Mahmud Al-Kauthar
Filed under BlackBerry, iLuvislam.Com, Islam, Komputer, TechNoloGy, Teknologi
Assalamu’alaikum Wrt. Wbt.
Alhamdulillah, JomSolat kini telah berada di BlackBerry World. Kepada pengguna BlackBerry 10, anda kini boleh memuatturun dan memasangnya di BlackBerry anda. Semoga bermanfaat.
Research in Motion telah menerima permohonan saya untuk meletakkan aplikasi JomSolat ini di BlackBerry World. Permohonan kali pertama ditolak kerana saya tidak meletakkan keterangan di dalam Bahasa Inggeris. Selamat mencuba.
Di bawah adalah paparan JomSolat yang dijalankan pada device BlackBerry 10 Dev Alpha. Terima kasih kepada saudari Hafafah kerana sudi membantu mencuba aplikasi ini di BlackBerry 10. Namun dari maklum balas dari saudari Hafafah, terdapat force close berlaku pada beberapa keadaan. Namun begitu, kesemua fungsi yang ada pada JomSolat dapat dijalankan dari segi swipe, bacaan solat, permainan satu dan permainan dua. Cuma kadang-kadang force close berlaku secara tiba-tiba.
JomSolat @ BlackBerry 10
(Klik gambar untuk besarkan)
http://appworld.blackberry.com/webstore/content/23952884/?countrycode=MY
Sekian sahaja untuk artikel kali ini. Semoga mendapat manfaat dan kongsikan bersama.
Jazakumullahu Khairan Kathira.
Wassalamu’alaikum Wrt. Wbt.
Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mail [at] kauthar [dot] net
![Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...](http://www.linkwithin.com/pixel.png)
besok mau awal puasa benar2 harus tahu waktu terutama soal shalat ni agar tidak kehilangan pahala yang besar![My Profile](http://www.kauthar.net/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
terima kasih jomsolatnya…
Rina recently posted.. Basic HTML Tutorial : Create Rowspan & Colspan Table Attributes