Sunday, 4 December 2016

Cara Memasang Windows 8

31 December 2012 by  
Filed under Android, Komputer, TechNoloGy, Teknologi, Tutorial

basmalah Cara Memasang Windows 8

Assalamu’alaikum Wrt. Wbt.

2012 akan berakhir beberapa jam lagi. Bagaimana persediaan anda untuk tahun depan? Adakah azam lama kita telah tertunai? Semoga apa yang kita laksanakan sentiasa mendapat redha Allah SWT.

2012 menunjukkan kepesatan teknologi yang berkembang terus maju. Google dengan Android nya, Apple dengan iOS dan Microsoft dengan Windows serta lain-lain penyedia saling kejar-mengejar menawarkan perkhidmatan mereka. Kehadiran Windows 8 daripada Microsoft sendiri mendapat reaksi positif dan negatif. Windows 8 yang dioptimumkan untuk skrin sentuh masih lagi relevan diguna pakai untuk pengguna desktop biasa.

Sebagai pengguna tegar Windows, banyak kelebihan yang ada pada Windows 8. Buat masa ini saya tidak merasa kurang senang dengan Windows 8 malahan lebih memudahkan saya membuat kerja, memain media dan lain-lain. Pengguna baru mungkin akan merasa sukar untuk minggu pertama. Namun insyaAllah akan dapat biasakan diri. ^_^

Tutorial ini menggunakan Hyper-V di Windows 8. Anda boleh menggunakan Virtual Box untuk mencuba Windows 8 sebelum memasangnya pada komputer anda. Berikut adalah langkah-langkah memasang Windows 8.

LANGKAH PEMASANGAN WINDOWS 8

Langkah 1 : Boot Windows 8 dari DVD/USB

1.+Boot Cara Memasang Windows 8

1. Boot Windows 8

Langkah 2 : Pilih Time and currency format. Disarankan memilih format English (Malaysia)

2.+Time Cara Memasang Windows 8

2. Pilih Masa dan Format Matawang

Langkah 3 : Klik Install now

3.+Install Cara Memasang Windows 8

3. Klik Install now

Langkah 4 : Pilih versi Windows yang anda mahukan. Bagi komputer baru, disarankan menggunakan versi x64. Pilihan ini hanya ada pada beberapa versi Windows sahaja.

4.+Version Cara Memasang Windows 8

4. Pilih versi Windows

Langkah 5 : Tanda pada I accept the license term dan klik Next

5.+Accept Cara Memasang Windows 8

5. Accept terma lesen

Langkah 6 : Pilih Custom: Install Windows only (advance). Anda tidak disarankan untuk memilih Upgrade. Antara sebabnya Upgrade mengambil masa yang agak lama berbanding memasang yang baru dan kesemua softwarenya.

6.+Custom Cara Memasang Windows 8

6. Pilih Custom

Langkah 7 : Klik pada drive harddisk anda. Rajah dibawah adalah pilihan jika anda masih tidak mempunyai Operating System/Partition di harddisk anda.

7.+Select+HDD Cara Memasang Windows 8

7. Pilih harddisk

Langkah 8 : Klik pada Drive options (advanced) dan paparan untuk tetapan harddisk akan muncul. Klik New untuk membuat partition baru. Tetapkan saiz parition yang anda mahukan. Eg; 10000 MB = 10GB. Klik Apply. Beberapa partition akan dibina setelah anda membuat partition baru. Abaikan dan set partition yang lain pada bahagian Unallocated Space.

8.+New Cara Memasang Windows 8

8. New partition

Langkah 9 : Paparan dibawah akan wujud sekiranya anda telah ada partition. Pastikan anda memilih partition yang betul untuk di format, klik Format.

9.+Format Cara Memasang Windows 8

9. Format

Langkah 10 : Sahkan untuk format partition anda dengan klik OK. Pastikan anda telah memilih partition yang betul. Kesemua data dalam partition tersebut akan dibuang. Klik Next dan proses pemasangan akan bermula.

10.+Clean+Disk Cara Memasang Windows 8

10. Format partition

Langkah 11 : Pemasangan mengambil masa sekitar 15-30 minit. Komputer anda akan Restart beberapa kali.

11.+Install Cara Memasang Windows 8

11. Pemasangan Windows 8

Langkah 12 : Setelah pemasangan selesai, anda akan diberi pilihan warna latar. Pilih warna yang anda mahukan. Masukkan PC name anda menggunakan format Nama-PC. Eg; User-PC/Kauthar-PC. Penggunaan -PC adalah untuk membezakan antara nama PC dan nama akaun pengguna.

12.+Colour Cara Memasang Windows 8

12. Warna dan nama PC

Langkah 13 : Pilih Use express settings pada bahagian Settings

13.+Express Cara Memasang Windows 8

13. Settings

Langkah 14 : Pilih Use Local Account dan masukkan User name anda.

14.+Username Cara Memasang Windows 8

14. Username

Langkah 15 : Animasi tutorial penggunaan Windows 8 akan berjalan dalam masa satu minit. Tunggu sehingga selesai.

15.+Ready Cara Memasang Windows 8

15. Animasi

Langkah 16 : Windows 8 anda sedia digunakan. Untuk menggunakan paparan desktop biasa tekan pada tile Desktop.

16.+Done Cara Memasang Windows 8

16. Windows 8 sedia digunakan

Video pemasangan Windows 8 akan di selitkan setelah muatnaik ke YouTube tamat. icon smile Cara Memasang Windows 8

InsyaAllah pada kemaskini akan datang saya akan sertakan beberapa kelebihan Windows 8.

Selamat mencuba. icon wink Cara Memasang Windows 8

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (2011-2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
al.kauthar [at] live[dot] com

pixel Cara Memasang Windows 8

Facebook Comments

comments

Comments

2 Responses to “Cara Memasang Windows 8”
  1. Jefry says:

    Lengkap sekali nie langkah-langkah dalam memasang windows 8 dan syukurlah berkat tulisan anda saya sudah berhasil memasang di dalam PC saya
    terima kasih atas semuanya
    Jefry recently posted.. Prospek Peluang Bisnis Daur Ulang Sampah Yang MenjanjikanMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge