Wednesday, 19 February 2020

ShoutMix, chatbox untuk blogger (part 2)

2 November 2011 by  
Filed under Komputer, TechNoloGy

Assalamu’alaikum.

Sambungan dari ShoutMix, chatbox untuk blogger (part 1).

6. Access

Maintenance: Fungsi ini akan memaparkan notis yang anda tetapkan sekiranya anda ingin mengemaskini ShoutMix anda.

Display Mode: Memaparkan mod mesej pada ShoutMix anda. Jenis mesej ada dua, default atau featured. Sekiranya ingin memaparkan kedua-dua dalam satu ruang, pilih mod Simple.

Private Access: Berfungsi untuk membolehkan ShoutMix digunakan kepada umum ataupun pengguna tertentu sahaja.

Domain Lock: Membolehkan anda mengunci ShoutMix pada domain anda sahaja. Bermakna ShoutMix tidak boleh dibuka selain dari domain anda. Fungsi ini dapat membantu dalam mengurangkan SPAM kerana anda perlu melalui domain yang diberi sebelum meninggalkan pesanan.

7. Users

Bahagian ini berfungsi mengawal pengguna mengikut kehendak anda.

8. Filer

Berfungsi menyekat perkataan-perkataan tertentu mengikut apa yang ditetapkan.

 9. Appereance

Berfungsi menukar rupa antaramuka ShoutMix anda dari segi warna dan saiz tulisan.

10. Labels

Berfungsi untuk menukar header, teks jemputan dan gelaran pengguna.

Header: Ubah header anda samada menggunakan tulisan mahupun gambar. Juga boleh meletakkan pautan pada header ShoutMix anda.

Menggunakan gambar:

Menggunakan tulisan:

Invite Labels: Menukar gelaran Guest dan teks jemputan.

Users: Tukar gelaran pengguna tertentu.

11. Smileys

Smileys akan menunjukkan emoticon pada ShoutMix anda. Anda boleh memilih emoticon sedia ada mahupun buat emoticon sendiri.

12. Message Download

Berfungsi bagi memuatturun pesanan/mesej yang ditinggalkan mengikut tarikh yang anda tetapkan.

13. Message Deletion

Berfungsi bagi membuang mese/pesanan mengikut tarikh yang ditetapkan.

 

Itulah sedikit sebanyak tentang ciri-ciri ShoutMix v3 Beta. Saya rasa apa yang saya pamerkan ini akan dihadkan apabila versi penuh telah siap. Namun, jika tidak dihadkan. ShoutMix akan menjadi pilihan saya selama mana ia ada. 🙂

Saya juga baru tahu yang programmer ShoutMix ini merupakan orang Malaysia. Hebat2. Dr mula kenal saya ingatkan ShoutMix ini produk luar negara. Rupanya sangkaan saya silap. Dia sanggup berhenti kerja semata-mata ingin menjayakan ShoutMix ini. Kerana baginya ShoutMix ini sesuatu yang menguntungkan.

Saya setuju dengan dia, setiap apa yang programmer buat. Ia boleh memberikan pulangan yang lumayan selama mana ada pengguna yang berminat. Jadi para programmer diluar sana, keluarkanlah produk yang berkualiti. 😉

Sekian buat kali ini. Wassalamu’alaikum.

Yang benar,

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (2011-2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mahmud [at] iluvislam [dot] com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

2 Responses to “ShoutMix, chatbox untuk blogger (part 2)”
  1. Therefore, people select more day time online.
    valgomed kullanıcı yorumları recently posted.. valgomed kullanıcı yorumlarıMy Profile

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. […] ShoutMix, chatbox untuk blogger (part 2) → You are here: Home / Komputer / ShoutMix, chatbox untuk blogger (part 1) […]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge