ShoutMix, chatbox untuk blogger (part 1)
2 November 2011 by Mahmud Al-Kauthar
Filed under Komputer, TechNoloGy
Assalamu’alaikum.
UPDATED (22 Jan 2012): Sebagai alternatif anda boleh gunakan Fibox Chat ataupun Shout Busuk. đŸ™‚
Pagi ni saya nak post sesuatu yang berguna untuk blogger sekalian. Kebanyakkan blog korang mesti ada Chatbox kan? Chatbox apa yang korang guna? Cbox? ShoutMix? 99chatbox? Dan macam2 lagi la ea. Aku pun tak tau sangat. :p
Seperti tajuk yang tertera, “ShoutMix, chatbox untuk blogger” (asalnya nak buat “ShoutMix v3 memang BEST!”) merujuk kepada ShoutMix yang baru. ShoutMix antara chatbox yang terkemuka dengan design yang simple dan mudah. Saya pernah cuba chatbox yang lain, last2 sy masih kepada ShoutMix kerana yg lain tidak semesra ShoutMix. Namun, ketika saya mengubahsuai blog saya bulan 5 yang lalu, sy menggunakan chatbox manual, “wTag v1.0“. Ini kerana saya menyampah dengan SPAM2 yang ada. Jadi saya fikir dengan menggunakan chatbox di server sendiri boleh mengelakkan perkara ini terjadi. Rupanya masih ada yang sakit jari meletakkan SPAM2 mereka di chatbox saya. =_=
Jam 2 tadi, ketika saya sedang mengemaskini laman web SAMTSH, saya lihat ShoutMix SAMTSH semakin kurang dengan SPAM selepas saya mengaktifkan fungsi Domain Lock. Namun, seperti masih ada yang masih berdegil SPAM ShoutMix tersebut samada secara manual ataupun BOT. Jadi saya membuka laman web ShoutMix dengan fikiran mana tau ada benda baru. Buka2, hati saya terus berkata; “Perghh, ShoutMix dah berubah wajah, giler smart, mesti best ni. Wajib cuba.”. Dan saya pun mencuba satu persatu kelebihan pada ShoutMix v3.
Berikut saya senaraikan ciri-ciri yang ada dengan menunjukkan setiap langkah, teruskan mambaca.
ShoutMix boleh ditulis sehingga 255 aksara berbanding Twitter yang hanya 114 aksara. :p
(TOPIK INI MEMPUNYAI +/-50 KEPING GAMBAR DAN DIBAHAGIKAN KEPADA TOPIK-TOPIK KECIL)
1. Buat Akaun
Buka http://www.shoutmix.com dan daftar akaun baru anda. Pengguna lama juga perlu mendaftar kembali.
Masukkan Email dan Password anda dan submit.
Aktifkan akaun anda pada email yang diberi.
2. Buat Shoutbox
Tekan pada Create Shoutbox.
Masukkan ID ShoutMix anda dan tekan Create.
3. Antaramuka
4. Overview
Shoutbox ID: Merupakan link kepada ShoutMix anda. Manakala butang delete pada bahagian kanan berfungsi untuk membuang ShoutMix anda. Anda perlu memasukkan password anda untuk pengesahan.
Sticky Note: Berfungsi sebagai nota/pesanan kepada pengguna yang akan dipamerkan pada ShoutMix anda.
Allowed Sign In: Berfungsi untuk mengawal pengguna yang boleh meninggalkan pesanan di ShoutMix anda. Pada masa ini pengguna boleh meninggalkan pautan URL dan Avatar sekiranya mereka memberikan alamat email dan mengesahkannya. Manakala Anonymous perlu memberikan nama dan email tetapi tidak perlu mengesahkannya. Anonymous tidak boleh meninggalkan pautan URL mahupun meletak Avatar.
Anonymous Enable: Sekiranya Anonymous dipilih, maka pengguna perlu memasukkan nama dan email mereka terlebih dahulu sebelum boleh meninggalkan pesan. Email tidak perlu disahkan.
Anonymous Disable: Sekiranya Anonymous tidak dipilih, maka pengguna perlu mengesahkan email mereka terlebih dahulu sebelum boleh meninggalkan pesan.
Selepas pengesahan telah dilakukan, pengguna boleh meletakkan URL dan Avatar pada pesanan mereka.
Fungsi pengesahan melalui Facebook atau Twitter adalah lebih mudah berbanding menggunakan email.
Push Settings: Real-time update.
5. Embed
Bahagian ini memaparkan embed kod bagi ShoutMix anda. Anda boleh menukar width dan height ShoutMix mengikut kesesuaian pada kod ini.
Klik DISINI atau http://www.kauthar.net/2011/11/shoutmix-chatbox-untuk-blogger-part-2/ untuk ke bahagian seterusnya.
Sekian buat kali ini. Wassalamu’alaikum.
Yang benar,
Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (2011-2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mahmud [at] iluvislam [dot] com
← Tutorial membuat post/komen Facebook berwarna biru
ShoutMix, chatbox untuk blogger (part 2) →