Sunday, 11 December 2016

Tahniah, tahniah dan tahniah :-)

basmalah Tahniah, tahniah dan tahniah : )

Assalamu’alaikum WBT.

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dapatlah saya mengupdate blog ini. Seperti yg saya pernah katakan, saya bukan jenis yg suka berblog. Hanya sekadar berkongsi sedikit ilmu yg ada serta sedikit perjalanan kehidupan ini. icon smile Tahniah, tahniah dan tahniah : )

Tahniah 1:

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah buat abang ipar saya, Shaza Naguib dan juga kakak saya, Najwa Munazzah atas kelahiran anak mereka yang ke 3, ini bermakna saya sudah ada 5 anak saudara, 2 dari kakak saya yg ke-dua.

247115 1742576686589 1303881928 31551851 6443166 n Tahniah, tahniah dan tahniah : )
(Najdee Wafiq – 3.1 kg baby boy, 8.44pm, 02 June 2011)

Tahniah 2:

Saya juga ingin mengucapkan “Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-56″ buat abiku, Mohamad Rabeh bin Abdullah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan nikmat keatas abi dan seluruh keluarga abi, dilindungi dari fitnah manusia mahupun jin dan syaitan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu, penat lelah menjaga anak abi yg paling nakal dalam kalangan anak-anak abi yg lain.

199672 10150153792065606 814060605 6561745 5488483 n Tahniah, tahniah dan tahniah : )
(Abi yg duduk disebelah Almarhum Ustaz Fadzil Noor)

Teringat betapa nakalnya anak abi ni sewaktu kecil, keluar dari kul 7 pagi, balik 7 malam, jalan sana sini, jatuh longkang dan macam2 lg la. Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar dan dorongan abi dapat Mahmud kenali siapa diri ini. Terima kasih abi.

Tahniah 3:

Seterusnya, Alhamdulillah, pada 23 Mei 2011 yang lalu, saya telah menjadi mahasiswa ijazah sarjana muda di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang “Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian / Bachelor of Software Engineering with Hons“.

OFFER LETTER Tahniah, tahniah dan tahniah : )
(Offer Letter)

Kenapa KUIS? Seperti dalam post sy yg lalu, saya mengatakan “Rezeki sy disana, disamping sy ada perancangan lain untuk sy laksanakan di masa depan. Apapun, mohon doa kalian semoga sy dpt hbskan Degree sy dlm masa 2thn, InsyaAllah.” Apapun saya hanya merancang, dan Allah yg menentukan. 

Daripada Diploma Sains Komputer ke BSE, sy telah mendapat pengecualian sebanyak 25 subjek. Dan terus lompat ke semester 3. Setelah di congak2 insyaAllah saya hanya di KUIS selama 1 tahun 9 bulan.

 Tahniah, tahniah dan tahniah : )
(Pengecualian Jam Kredit)

STATEMENT COURSE Tahniah, tahniah dan tahniah : )
(Struktur Kursus BSE setelah tolak J.K)

Semester kali ni tiada subjek programming. Uh, tak sentuh coding la nampaknya. T_T Apapun, semoga Allah SWT membantu saya menghadapi cabaran dan ujian dalam kehidupan ini. Semoga hidup kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Sekian, Wassalamu’alaikum.

 

Yang benar,

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Diploma Sains Komputer (2008-2011)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (2011-2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mahmud [at] iluvislam [dot] com

 

pixel Tahniah, tahniah dan tahniah : )

Facebook Comments

comments

Comments

6 Responses to “Tahniah, tahniah dan tahniah :-)”
  1. Aimi Abqari says:

    Tahniah. Semoga berjaya selalu. Insyaallah. :-)

  2. Zida says:

    Fuyyoooooooooooooo

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge