Tahniah, tahniah dan tahniah :-)
9 June 2011 by Mahmud Al-Kauthar
Filed under al-Ahya' Yaumiyan, birthday, Islam, Komputer, TechNoloGy
Assalamu’alaikum WBT.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dapatlah saya mengupdate blog ini. Seperti yg saya pernah katakan, saya bukan jenis yg suka berblog. Hanya sekadar berkongsi sedikit ilmu yg ada serta sedikit perjalanan kehidupan ini. đŸ™‚
Tahniah 1:
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah buat abang ipar saya, Shaza Naguib dan juga kakak saya, Najwa Munazzah atas kelahiran anak mereka yang ke 3, ini bermakna saya sudah ada 5 anak saudara, 2 dari kakak saya yg ke-dua.
(Najdee Wafiq – 3.1 kg baby boy, 8.44pm, 02 June 2011)
Tahniah 2:
Saya juga ingin mengucapkan “Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-56” buat abiku, Mohamad Rabeh bin Abdullah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan nikmat keatas abi dan seluruh keluarga abi, dilindungi dari fitnah manusia mahupun jin dan syaitan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu, penat lelah menjaga anak abi yg paling nakal dalam kalangan anak-anak abi yg lain.
(Abi yg duduk disebelah Almarhum Ustaz Fadzil Noor)
Teringat betapa nakalnya anak abi ni sewaktu kecil, keluar dari kul 7 pagi, balik 7 malam, jalan sana sini, jatuh longkang dan macam2 lg la. Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar dan dorongan abi dapat Mahmud kenali siapa diri ini. Terima kasih abi.
Tahniah 3:
Seterusnya, Alhamdulillah, pada 23 Mei 2011 yang lalu, saya telah menjadi mahasiswa ijazah sarjana muda di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang “Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian / Bachelor of Software Engineering with Hons“.
Kenapa KUIS? Seperti dalam post sy yg lalu, saya mengatakan “Rezeki sy disana, disamping sy ada perancangan lain untuk sy laksanakan di masa depan. Apapun, mohon doa kalian semoga sy dpt hbskan Degree sy dlm masa 2thn, InsyaAllah.” Apapun saya hanya merancang, dan Allah yg menentukan.
Daripada Diploma Sains Komputer ke BSE, sy telah mendapat pengecualian sebanyak 25 subjek. Dan terus lompat ke semester 3. Setelah di congak2 insyaAllah saya hanya di KUIS selama 1 tahun 9 bulan.
(Struktur Kursus BSE setelah tolak J.K)
Semester kali ni tiada subjek programming. Uh, tak sentuh coding la nampaknya. T_T Apapun, semoga Allah SWT membantu saya menghadapi cabaran dan ujian dalam kehidupan ini. Semoga hidup kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.
Sekian, Wassalamu’alaikum.
Yang benar,
Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Diploma Sains Komputer (2008-2011)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (2011-2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mahmud [at] iluvislam [dot] com

Tahniah. Semoga berjaya selalu. Insyaallah. đŸ™‚
Terima kasih. Tahniah juga buat saudari Aimi Abqari kerana membaca post saya. đŸ˜‰
MaKR recently posted.. iLiRadioâ„¢
Fuyyoooooooooooooo
Apa yg Fuyyoooooooooooooo???