Sunday, 4 December 2016

iLuvislam Radio – Mini Web

basmalah iLuvislam Radio   Mini Web

Assalamu’alaikum WBT.

Post kali ini saya ingin berkongsikan salah satu hasil kerja baru saya, masih lagi berkaitan dengan iLuvislam Radio. Banyak lagi angan2 yang saya ingin buat bagi menjadikan iLuvislam Radio ini dikenali ramai. Namun apa yang ada itulah kemampuan saya setakat ini. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana memberikan saya ilmu dan pengetahuan untuk membuat perkara2 sebegini.

Antara angan2 saya yang lain seperti ingin membuat aplikasi iLiRadio™ untuk Android, Blackberry, iPhone dan Smartphone yang lain. Sesuatu yang mencabar buat saya, berkali-kali tension, tersangkut di permulaan. Huk2. Sedih yang amat. T_T

OK lah, hasil kerja yang dimaksudkan ialah iLuvislam Radio Mini Web (sebenarnya tak tau nak bagi nama apa). Waha, tak sedap tul gelaran tu. iLuvislam Radio Mini Web ni saya buat sekadar mengisi masa lapang sementara mengurangkan tension membuat iLiRadio™ untuk Mobile Phone yang saya angankan. :-p

iliradiominiweb iLuvislam Radio   Mini Web

Alhamdulillah, Head of iLuvislam Radio, saudara Qaiyum Mohamed sudi meletakkan iLuvislam Radio Mini Web saya ini di main web iLuvislam Radio. Terima kasih tidak terhingga.

Apa yang ada di iLuvislam Radio Mini Web ini?

  • Ruang permintaan lagu
  • Pilihan menggunakan versi Windows Media Player (WMP) atau Flash di browser anda.
  • Pilihan untuk mendengarkan di player komputer anda seperti WMP, Winamp, iTunes dan RealPlayer
  • Aplikasi iLiRadio™ (install dan dengarkan di komputer anda)

Kepada anda, lapang2kan lah masa untuk mendengarkan iLuvislam Radio. Tidak rugi anda mendengarkannya. Sekiranya ada ralat, cadangan, komentar bolehlah anda post di ruangan komen dibawah

Lihat iLuvislam Radio Mini Web di http://www.kauthar.net/radio .

 

 

26 April 2011 yang lalu saya berkesempatan untuk ke perasmian iLuvislam Radio (baca DISINI) di Pesta Buku, PWTC. Namun, saya datang sejam lewat, jam 12pm, dah habis perasmian pun. Huhu. Saat saya sampai Kumpulan al-Mawlid, gabungan antara kumpulan Innuendo,VE dan Ruffedge sedang mendendangkan lagu mereka. Sangat indah, pertama kali saya dengar lagu mereka.

222442 10150182465620606 814060605 6821254 5775577 n iLuvislam Radio   Mini Web

Selepas tu saya berpusing sekitar kawasan dewan Karangkraf tu hampir 1 jam. Lepas tu saya keluar, nampak kerusi merah berdekatan pintu masuk Karangkraf dan pentas utama SOX, saya pun merehatkan diri dikerusi itu. Bila saya buka mata, 2 jam saya tertidur disitu. Haha. Ape punya perangai la. Jangan diikut. Lepas tu saya berjalan pulang. Tak da wat apa pun kat sane, pusing2 pun malas pasal memang tak berminat nak beli apa2.

230503 10150172708252488 538457487 6686660 1062387 n iLuvislam Radio   Mini Web

(Sempat bergambar bersama krew iLuvislam dll)

Sampai disini saja entri kali ini, InsyaAllah saya akan cuba paling kurang seminggu sekali. Eheh. Teruk benor eh cara berblog. Huhu. Semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita.

Wallahu’alam, Wassalamu’alaikum.

Yang benar,

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Diploma Sains Komputer
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
mahmud [at] iluvislam [dot] com

 

pixel iLuvislam Radio   Mini Web

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge