Friday, 29 March 2024

iLiRadio for Android & Tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

21 May 2011 by  
Filed under Islam

 

Assalamu’alaikum WBT buat anda semua.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan rahmat dari Allah, rahmat Iman, Islam dan Hidup. Bersyukurlah kita ke atas segala pemberianNya. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan takziah terhadap mangsa2 tanah runtuh di Hulu Langat, anak2 kecil yang masih dalam proses pembelajaran untuk meningkat menempuh dewasa yang penuh onak duri. Semoga Allah mecucuri rahmat ke atas roh mereka, al-Fatihah.

Seperti tajuk yang tertera, post kali ini masih lg mengenai iLuvislam Radio, namun apa kelainannya? Ya, Android. Alhamdulillah, dengan izin Allah maka saya dapat membina aplikasi iLiRadio™ untuk Android ini. Digelar dengan nama “iLiRadio™ for Android“, aplikasi ini masih lg dalam proses pembinaan, dan kemungkinan akan ada banyak bug dan error. Lama juga sy cuba buat aplikasi ini.

(GUI iLiRadio™ for Android)

FYI, sejak iLuvislam Radio dilancarkan, saya cuba membuat aplikasi2 untuk iLuvislam Radio untuk Windows, Android, iPhone dan juga BlackBerry. Ya! iPhone dan BB, alhamdulillah Windows dan Android berjaya dilaksanakan walaupun masih banyak yg perlu dibaiki. Manakala untuk BB, insyaAllah, target sy dalam masa sebulan. Jika diizinkan lebih awal, maka itu rahmat Allah buat anda yg menggunakan BB. Untuk iPhone pula, sy masih kekurangan sesuatu. Apa dia? Heheh. Mac. InsyaAllah jika diizinkan Allah, maka adik sy Ahmad Zofirullah, akan memperolehi MacBook Pro, disamping dpt juga sy manfaatkan untuk diri sy juga 😉

Saya bersyukur atas nikmat yg Allah berikan pd diri sy, antaranya nikmat ilmu ini. Bukan mudah untuk kita mencapainya, ikutkan hati sy, bnyk kerja lain yg sy nk buat. Tp atas kesabaran, dpt juga sy tingkatkan ilmu sy dan kongsikan bersama anda.

KLIK DISINI UNTUK KE PAGE iLiRadio™ for Android.

 

Setakat itu dulu cerita iLiRadio™ for Android. Terima kasih kerana anda yg sudi membaca.

 

Doakan kejayaan sy dunia akhirat, kejayaan muslim diseluruh dunia.

Oh, sebelum terlupa, mengapa sy kata BB dlm masa sebulan, kerana.. Esok insyaAllah sy akan mendaftar untuk Degree. Kos apa? Software engineering (SE) / Kejuruteraan Perisian. Dimana? 🙂 Alhamdulillah masih lagi di KUIS. KUIS? Apsal tak tempat lain? Rezeki sy disana, disamping sy ada perancangan lain untuk sy laksanakan di masa depan. Apapun, mohon doa kalian semoga sy dpt hbskan Degree sy dlm masa 2thn, InsyaAllah. 🙂

Sekian sahaja buat waktu ini..

Jazakallah Khairan Kathira, Maas Salamah.

Wassalamu’alaikum.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge