Sunday, 4 December 2016

Kapal Selam Pertama Negara KD Tunku Abdul Rahman Selamat Tiba ke Tanah Air

3 September 2009 by  
Filed under Bicara, Islam, Laman Hikmah, Politik

brXX 1587630 2 px 470  Kapal Selam Pertama Negara KD Tunku Abdul Rahman Selamat Tiba ke Tanah Air

PELABUHAN KLANG: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman selamat tiba di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah jam 9.20 pagi ini.

Ketibaannya disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu istiadat penuh bersejarah di Jeti KD Sultan Abdul Aziz Shah.

Turut menyambut, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

KD Tunku Abdul Rahman merapat ke jeti jam 9.20 pagi dalam keadaan timbul.

Ia memulakan pelayaran dari Toulon, Perancis pada 11 Julai lalu dan mengambil masa 54 hari dengan melalui pelabuhan Jeddah, Djibouti dan Cochin sebelum tiba di Pelabuhan Klang.

Pelayaran KD Tunku Abdul Rahman diketuai Pegawai Memerintah Komander Zulhelmy Ithnain, ia dikendalikan sepenuhnya oleh 32 pegawai dan anggota Tentara laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sumber : BHarian

pixel Kapal Selam Pertama Negara KD Tunku Abdul Rahman Selamat Tiba ke Tanah Air

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge