Sunday, 4 December 2016

Saya Jatuh Cinta!

1 July 2009 by  
Filed under al-Ahya' Yaumiyan, Islam

luv Saya Jatuh Cinta!basmalah Saya Jatuh Cinta!

Cinta. Terdetik untuk menulis sesuatu berkenaan cinta. Mungkin sedikit terpengaruh dengan buku yang ada di bilik, “Aku Terima Nikahnya” oleh Ustaz Hasrizal. Ya,mungkin. Tersenyum sendiri. love Saya Jatuh Cinta!Saya jatuh cinta! Ironik sungguh bukan tajuk ini. Apa yang kamu fikir? Apa yang ku rasa? Siapa yang tak pernah jatuh cinta, bahkan ada dalam kalangan kita yang terlalu asyik bercinta hingga melalaikan diri sendiri. YA ALLAH, dunia sekarang semakin tenat! Siapa yang harus dipersalahkan? spring love Saya Jatuh Cinta! Lelaki dan Perempuan. Bila sebut cinta pasti ia amat berkait rapat dengan lelaki dan perempuan. Muslimin dan muslimat. Ana dan Enti, I and U dan bermacam – macam lagi. Pada firasat saya, magnet antara lelaki dan perempuan sangat berbisa. Mungkin ada yang senang ditarik dan terus terlekat, mungkin ada yang susah didekati seperi ada duri yang memagari diri insan itu, tetapi sejauh manakah duri- duri itu berjaya menepis godaan – godaaan dunia. merenung Saya Jatuh Cinta!Tiada dalam fikiran. “Keinginan bercinta itu memang ada, tetapi kepentingan itu mungkin tidak ada”. Itu mungkin pendapat sesetengah daripada kita yang belum lagi memasuki fasa cinta tersebut. Yang mungkin juga ada yang membuta tuli untuk tidak terlibat dalam fasa berkenaan kerana belum masa yang sesuai, kelak jika masanya sampai ada yang terjerat dalam cinta manusia yang melalaikan. Saya tertarik dengan kata – kata ustaz hasrizal di dalam buku “Aku terima Nikahnya”. Beliau mengatakan, Kita tidak perlu memulakan perhubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan” Ya. Saya setuju dengan apa yang diperkatakan. Tidak perlulah untuk mencipta perhubungan jika tidak ada hasrat untuk bernikah. dating2 Saya Jatuh Cinta! Mencipta perhubungan. Hati yang goyah lalu sungguh senang untuk cipta perhubungan dengan manusia berlainan jantina tanpa kawalan nafsu. Sedih. Sedih melihat ragam manusia yang terlalu asyik dalam bercinta. Sehinggakan ada yang sanggup melupakan tugas utama di muka bumi ini untuk beribadah semata – mata keranaNya, lantas terus dibuai oleh mimpi dan perasaan – perasaan indah ketika bercinta. itu dikira ibadahkah? couple ours zoom Saya Jatuh Cinta!Medan percintaan. Semuanya dipandang indah belaka, sehingga ada yang terlalu takut untuk berbuat sesuatu atau dalam kata lain seolah dikongkong. Hingga apa yang diperlakukan seharian perlu di report. Kelakar bukan. Sangat prihatin. Bagus. Oh. Saya terlupa. Itu mungkin sesetengah saja. Ada juga yang merasakan dirinya begitu diberi perhatian malah ada tempat yang sesuai untuk mengadu. Wah! Kerana dirimu begitu berharga! Ya.mungkin. Tepat sekali. Pada pandangan mata kita. Tak kurang juga ada yang melarikan niat, kononnya untuk sama – sama berjaya dlm pelajaran, tak perasankah syaitan ada di sekiling kita?

Sedarkah kita?

heri merenung may be anggi will come back someday Saya Jatuh Cinta! Tak takut terlalaikah? Solat itu tiang agama. Dapat beri fokus yg terbaik ketika solat? Tahukan zina itu pelbagai termasuk zina hati! Tidak mudah teringat-ingat kah? Benarkah ia suci dari maksiat? Astaghfirullah. 3181259375 546c4e97c8 o Saya Jatuh Cinta! Cinta terpesong Sedarkah kita, dalam kita merasai keenakan perhubungan, Tak sedarkah diri sedang berbuat maksiat? Beraninya kita menderhakai Allah? Astaghfirllah. Diri sedih. Apa yang sudah kita lakukan?

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Israa’17:32)

Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletak kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya… Tak sedarkah kita sedang menbantah janji2 Allah! sedangkan Allah dah tentukan siapa pasangan kita sejak di luz mahfuz lagi. Tapi itulah, manusia ni kadang-kadang hidup bertuhankan nafsu. berusaha nak menghalalkan apa yang haram. 4 pemandangan Saya Jatuh Cinta! Islam tak bunuh perasaan cinta itu, tetapi suruh dikawal agar perasaan itu tidak pesongkan hati kita! Alangkah manisnya jika disalurkan ke tempat yg betul! Islam tak bunuh perasaan cinta? Jadi bagaimana? Jika niat sudah ada dihati, Laluilah jalan yg betul. Bertunang seperti yang dianjurkan Islam dimana kita boleh berkenalan. sangat berhikmah! tetapi harus ingat! batasnya sama saja dengan yang bukan muhrim. rafidah halip nikah 1 Saya Jatuh Cinta! Lantas, Binalah masjid Allah agar kita boleh memberi dan memikirkan soal peranan bukannya hak yang tidak berkesudahan. nikah3 Saya Jatuh Cinta! Jika kita sibuk mengejar cinta Allah, kita tak cukup masa untuk menagih cinta manusia. Jika kita disibukkan untuk menagih cinta manusia, sempatkah mengejar cinta Allah? Fikir -fikirkan. Tidak bergetarkah jiwa kita? Hidayah Allah sampai ke hati, Tapi cukup sedih jika ia disia-siakan. Benarkah hidayah itu tidak sampai atau kita yang hiraukan hidayah itu?  Saya Jatuh Cinta!

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintailah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. aamiin ya rabbal alamin..

Pesan Nabi SAW, “Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya, dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, makan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas” (Riwayat Tirmizi)

~jangan tergesa-gesa, dan jangan bertangguh~

 
Extended Readings:

 

Credit to : ~the labyrinth of pious~
pixel Saya Jatuh Cinta!

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge