Sanah Helwa 19 Li Nafsi :)
22 June 2009 by Mahmud Al-Kauthar
Filed under al-Ahya' Yaumiyan, birthday
Assalamu’alaikum. Nak citer satu kisah ni… bace ek.. pendek jek.. :p
Pada tanggal 22 Jun 1990M bersamaan 28 Zulkaedah 1410H, di kala hening pagi menyelubungi diri, lahirlah seorang putera bernama MAHMUD AL-KAUTHAR.
Dilahirkan oleh seorang ibu yang berjiwa kental dan penuh sifat keibuan bernama MARIAM BINTI BARDON. Tersenyum riang seorang bapa yang bernama MOHAMAD RABEH BIN ABDULLAH. Sesudah itu si putera di iqamatkan seperti kakak dan abangnya dan juga mendoakn agar si putera menjadi putera yang soleh dan dapat berbakti pada Agama dan Negara.
Maka membesarlah si putera bersama dua orang kakak dan dua orang abang serta tiga orang adik seterusnya. Si putera itu terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri disepanjang kedewasaan ini. Cabaran yang mendatang mematangkan dan menguatkan jiwa si putera. Si putera berusaha sedaya upaya memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak dan pelajar serta hamba kepada ALLAH SWT.
Dewasa kini, si putera telah pun menamatkan pengajian di Pasti nurul Syahadah, SRA Kg. Medan, Madrasah Darul Mujahidin, SAMT Sultan Hisamuddin, PLKN Kem Bakau Resort dan kini sedang menyambung pengajiannya di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian Dengan Kepujian setelah menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Sains Komputer di kolej yang sama.
Ada ketika si putera hampir tersungkur di pertengahan jalan namun dengan keazaman dan semangat yang jitu, si putera bangkit berjuang, berjuang dan terus berjuang sehingga nafas yang terakhir. Insya’Allah.
Begitulah sedikit sebanyak kisah si putera tersebut.. đŸ™‚
Sanah Helwa Ya Mahmud
Eid Milad Saeid
Kullu Sanah Wa Antum Bikhair
Barokallahufik
SANAH HELWA 19 LI NAFSI
Jazakallah Khairan Kathira buat teman2 yang masih ingat hari lahir saya. :p Semoga kita sama2 berjaya dalam setiap amalan.
Oh..sebelum terlupa…sempena hari lahir saya ni, saya telah menukar template blog ni dari Greenday ke Mandigo…komen2 la ek…
Syukran jazilan..
Wassalam……

hepi belated birthday…
smuge pnjg umur, murh rzki n sukses dunia akhirat…
jazakillahukhairankathira. đŸ™‚
may Allah bless you always..
La..
Besdey ko 22 Jun erk..
Aku lupe la..
Sorry2.. Hahah..
Selamat Ulang Tahun Kelahiran la..
Sanah Helwa..
All d bez!
ko memg…haha…blog ko ape?
salam…
sanah helwah to u!
May Allah bless u!..
insyaAllah..
=)