Pembangunan Aplikasi untuk PlayBook dan BlackBerry 10
24 February 2013 by Mahmud Al-Kauthar
Filed under Android, Bicara, BlackBerry, Islam, Komputer, TechNoloGy, Teknologi
Assalamu’alaikum Wrt.Wbt.
Alhamdulillah, bersykur kepada Allah SWT kerana dengan limpah izinya kita masih lagi dapat bersama-sama berada di atas muka bumi ini. BlackBerry 10 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia di mana BlackBerry 10 merupakan sistem operasi mudah-alih terbaru daripada BlackBerry, membawakan beberapa perkara baru padanya, selain memberikan nafas baru pada antaramuka sistem operasi BlackBerry. Antara fungsi menarik yang disertakan pada BlackBerry 10 adalah termasuk sokongan Peek (memudahkan pengguna melihat notifikasi dengan mudah), serta sokongan BlackBerry Hub yang menjadi pusat komunikasi para pengguna. Untuk pandang pertama dalam bahasa Melayu daripada Amanz.my, sila buka LINK INI.
Bagi para developer, pembangunan aplikasi BB10 ini boleh menggunakan beberapa cara dan platform seperti yang tertera DI SINI. Platform native untuk BB10 adalah menggunakan C/C++ Native SDK. Developer juga boleh membangunkan aplikasi BB10 menggunakan HTML5 WebWorks, ActionScript Adobe Air serta Java Android Runtime. Manakala penggunakan language Java tidak boleh digunakan bagi membangunkan aplikasi BB10.
Apa beza antara Java Android Runtime dan Java BlackBerry? Java Android Runtime adalah menjalankan aplikasi Android (.APK) di BB10. Pembangun perlu re-package fail APK tersebut menggunakan tool yang disediakan. Ianya lebih dikenali sebagai “port” daripada Android ke BB10. Manakala bagi Java Blackberry pula adalah hardcode Java. Cara ini hanya boleh digunakan bagi BlackBerry versi lama, ia tidak menyokong BB10.
InsyaAllah saya akan cuba port aplikasi JomSolat saya ke BB10. Post berikutnya akan saya paparkan hasilnya.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wassalamu’alaikum Wrt. Wbt.
Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
al.kauthar [at] live[dot] com
Kredit: Amanz.my
![Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...](http://www.linkwithin.com/pixel.png)
Semoga aplikasi Jomniaga untuk BB10 lekas rampung đŸ™‚![My Profile](http://www.kauthar.net/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
Rina recently posted.. Best List of Free PHP Website Hosting Services Providers