Sunday, 4 December 2016

Segera Kembalikan Keadilan Di Bumi Mesir

Segera Kembalikan Keadilan Di Bumi Mesir

Keputusan sebuah mahkamah di Kaherah semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwanul Muslimin adalah sesuatu yang mengejutkan. Hukuman bunuh dalam jumlah yang sebegitu besar adalah sesuatu yang tidak pernah kedengaran di zaman moden ini dan mengingatkan kita akan layanan kejam pemerintah fasis ke atas rakyat mereka ketika Perang Dunia ke2 dahulu.

Cukup ironi apabila 529 pesalah ini dijatuhkan hukuman mati akibat kematian seorang anggota polis dan serangan ke atas balai polis sedangkan pihak polis, tentera dan rejim haram Mesir ini bertanggungjawab membunuh lebih 8,000 rakyat Mesir di Dataran Rabiah yang berhimpun secara aman menuntut hak demokrasi mereka. Di manakah tindakan terhadap pembunuhan beramai-ramai ini? Wujudkah keadilan untuk mangsa yang syahid terkorban?

Hakikatnya, rejim Mesir ini terus menerus merungkai semangat revolusi Januari 2011 dan membelakangkan proses demokrasi dan keadilan di dalam segala tindakannya. Bermula dengan penyingkiran sebuah kerajaan sah yang dilantik rakyat, pendakwaan terhadap Presiden Mohamad Morsi di dalam “mahkamah kangaroo”, pembebasan Hosni Mubarak, pengharaman dan fitnah terhadap Ikhwanul Muslimin dan pimpinan mereka serta penahanan wartawan-wartawan antarabangsa untuk menghalang pemberitaan bebas.

Apakah semua tindakan ini mencerminkan keadilan dan kebebasan seperti yang selalu diungkapkan oleh pemimpin rejim dan penyokong mereka?

Pemuda PAS menggesa agar semua hukuman dan penahanan yang dilakukan di atas motif politik dibatalkan serta-merta. Berikutan dengan ini, Pemuda PAS akan menghantar memo bantahan ke Kedutaan Mesir bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia di atas perkembangan membimbangkan ini serta solidariti kita dengan rakyat Mesir yang terus berazam mengembalikan demokrasi ke bumi Mesir.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia
( 25 Mac 2014 )

2623e1b4b3e111e385d90e105e102132 8 Segera Kembalikan Keadilan Di Bumi Mesir

Posted by kautharhilmyz – from Instagram.

pixel Segera Kembalikan Keadilan Di Bumi Mesir

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge