Sunday, 4 December 2016

Aden Edcoustic Telah Kembali Ke Rahmatullah

31 December 2013 by  
Filed under Bicara, Islam, Wordless

Dimaklumkan bahawa Aden Edcoustic telah kembali ke rahmatullah.

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

fd10af0c717611e39bef121308ba3728 8 Aden Edcoustic Telah Kembali Ke Rahmatullah

“Aden dan Edcoustic Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi, merupakan vokalis utama kumpulan nasyid popular Indonesia, Edcoustic. Selain Aden, Edcoustic dianggotai Eggie yang merupakan pemain gitar dalam Edcoustic. Artis duo yang berasal dari Bandung Indonesia ini mula berkecimpung dalam industri muzik seawal tahun 2002. Edcoustic menerbitkan album sulung mereka berjudul Masa Muda pada Oktober 2004. Walaupun ruang promosi pada ketika itu agak terhad bagi artis-artis baru, namun Edcoustic menunjukkan pencapaian yang luarbiasa dengan jualan album yang cukup memberangsangkan.”
Baca lanjut di http://munsyeed.com/malay/2013/12/aden-edcoustic-meninggal-dunia/.

 

Saya mula mengenali Edcoustic melaui lagu Pertengkaran Kecil melalui album kompilasi Untukmu Sahabat terbitan Telaga Biru. Lagu terbaru mereka, Muhasabah Cinta terbitan Inteam Records pula selalu saya dengari lebih-lebih lagi semasa memandu. Liriknya yang amat menusuk ke hati, dan membawa mesej yang amat bermakna. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. 

Edcoustic – Muhasabah Cinta

Wahai…
Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan…
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa
biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah
selama ini Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan…
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu…

Lagu & Lirik: Aden Edcoustic
(Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu)

Al-Fatihah.

http://munsyeed.com/malay/2013/12/aden-edcoustic-meninggal-dunia/
http://www.youtube.com/watch?v=gE8OfuiUG5Y
#edcoustic #edan #meninggal #dunia #alfatihah

Posted by kautharhilmyz – from Instagram.

pixel Aden Edcoustic Telah Kembali Ke Rahmatullah

Facebook Comments

comments

Comments

One Response to “Aden Edcoustic Telah Kembali Ke Rahmatullah”
  1. Rina says:

    Al Fatihah
    Turut berduka atas meninggalnya beliau. semoga arwah diterima di sisi Allah SWT
    Rina recently posted.. How To Create A Database Search With MySQL & PHP ScriptMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge