Sunday, 4 December 2016

Aurat – Kena Tunggu Datang Seru?

basmalah Aurat   Kena Tunggu Datang Seru?

Assalamu’alaikum sahabat-sahabat sekalian. Semoga sentiasa sihat walafiat dan dibawah rahmat Allah SWT. Terus kepada topik yang ingin saya perkatakan. Post ini diolah berdasarkan note yang saya sisipkan pada Facebook saya.

Bila bercerita tentang aurat, fikiran kita akan terbayang kaum hawa. Adakah kaum hawa sahaja yang termaktub dalam perihal aurat ini? Mari kita lihat definasi aurat.

kartun islami2 Aurat   Kena Tunggu Datang Seru?

Aurat (Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi’e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.

Kejadian “Haruan makan anak” adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.

Antara faktor terjadinya perkara di atas adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.

Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh Islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.

Seringkali kita mendengar alasan seperti; Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la, belum sampai seru, tunggu balik Mekah, hati belum terbuka, belum tiba masanya, kita enjoy dulu dan macam-macam lagi apabila ditanya tentang aurat. Jawapan-jawapan ini pastinya adalah dari mereka yang ingkar akan arahan Allah SWT. Adakah kita perlu tunggu dikafankan baru ingin menutup aurat?

kubur atuk Aurat   Kena Tunggu Datang Seru?
(Kubur arwah atuk)

Aurat ini bukan empunya diri sahaja yang akan menanggung azab, mereka yang lain juga akan mendapat saham seperti di artikel “Orang-orang yang menanggung dosa kerana seorang wanita” ini. Jom kita lihat pada hadis nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Saya rasa tak perlu saya nak jelaskan kerana di hadis itu telah jelas tentang solat dan pengasingan tempat tidur (boleh buat karangan lebih 10 m/s berdasarkan hadis tersebut).

Kita tukar dari segi aurat, sejak bila kita memahami cara menutup aurat yang sempurna? Saya rasa rata-rata sudah tahu SEBELUM kita memasuki alam dewasa lagi perihal aurat ini. Ditambah dengan pembelajaran di sekolah, usrah, forum, SOSIAL NETWORKING / LAMAN WEB dan sebagainya. Sekiranya pihak berkuasa mengenakan saman kepada mereka yang tidak menutup aurat, memang wajar perkara itu dilakukan. Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak sejak mereka kecil lagi, tidak perlu belikan mereka pakaian berjenama, hanya pakaikan jubah dan tudung, setiap kali ajak mereka keluar, beri syarat agar pakai tudung dahulu baru boleh ikut. Alangkah comelnya jika anak-anak kecil itu berpakaian seperti ini.

si kecil bertudung Aurat   Kena Tunggu Datang Seru?
(Comel kan?)

Firman Allah SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”

(an-Nuur : 24 : 31)

Pernahkah kita dirotan saat umur 10 tahun kerana tidak solat? Rata-rata tidak pernah bukan? Oleh kerana itu kita sampai sekarang memandang hal ini sebagai remeh. Kita tidak pernah diajar dengan tegas dalam didikan agama. Bila pihak yang terbabit bertegas dalam agama, macam-macam la keluar. Kita tidak perlulah menyuruh pemimpin supaya suruh anak buah dulu baru boleh arahkan kita. Pemimpin sudah sewajibnya menjadi contoh ikutan, namun sekiranya mereka lari dari syariat Allah, maka adakah kita juga boleh langgar syariat Allah? Semua itu hanya alasan untuk melepaskan diri dari apa yang telah diperintahkan dan termaktub pada Kalamullah.

Firman Allah SWT:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ.

“Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah usahakan

(Yasiin : 36 : 65)

Di KUIS, ayat ini selalu dibacakan sebelum setiap kertas peperiksaan akhir bermula bagi mengingatkan para pelajar agar berlaku jujur semasa menjawab. Namun, ayat ini bukanlah untuk perkara itu sahaja, ia juga adalah untuk semua perkara yang kita lakukan, tidak kira samada kita merupakan pihak atasan, bawahan, dalaman, luaran, hamba, orang gaji dan seluruhnya tidak akan dapat lari dari kesaksian ini.

aurat1 Aurat   Kena Tunggu Datang Seru?
(Cara-cara menutup aurat yang dituntut dalam Islam)
 

ASAS AURAT

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.

aurat Aurat   Kena Tunggu Datang Seru?
(Kesalahan dalam menutup aurat)

Seringkali kita lihat di alam maya, para wanita selalu memuatnaik gambar mereka bertudung saat mereka diluar. Namun, kita juga selalu jumpa sebahagian mereka yang turut memuatnaik gambar mereka yang tidak bertudung/tidak menutup aurat seperti gambar mereka didalam bilik dan sebagainya walaupun apabila mereka keluar mereka menutup aurat. Sedangkan mereka yang melihat di alam maya ini lebih ramai dari yang melihat secara berdepan. Sehelai rambut wanita yang ditatap oleh bukan mahram bersamaan satu dosa. Adakah satu gambar anda tidak bertudung itu hanya terdapat satu helai rambut? Berapa banyak pula gambar yang anda pamerkan.

Dirumah pula, apabila saudara mara, mahupun abang ipar datang kerumah, para wanita perlulah memakai tudung. Bukanlah bermaksud apabila kita “berada dirumah kita selamat“, dirumah itulah lagi hebat dugaannya. Begitu juga dengan tudung yang dipakai, sedarkah sebahagian para wanita bahawa tudung yang anda gunakan itu hanya nampak sempurna pada diri anda. Namun bagi lelaki, sampai leher mahupun telinga anda mata si lelaki dapat lihat walaupun anda bertudung. Adakah kerana mata lelaki ini memang ada kelebihan begitu? Persoalan yang sebenar adalah adakah anda Menutup Aurat atau Melapik Kain?

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini? Jawabnya seperti berikut:-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber’T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Namun bukan itu sahaja, pelbagai lagi kesalahan yang lain boleh disenaraikan. Tengahari tadi sedang saya berehat diruang tamu, saya menonton satu rancangan kontroversi di Malaysia. Seperti biasa, banyak lah benda-benda yang tak best dalam tu. Sampai satu bahagian, satu soalan diajukan kepada seorang artis yang mula berjinak memakai tudung. Bila ditanya tentang kenapa pakai tudung, saya tidak dengar pula jawapan yang mengatakan kita wajib menutup aurat atau ini adalah arahan dari Allah SWT, mungkin saya terlepas dengar. Apa yang saya dengar; “pakai tudung pun saya nampak cantik, comel, ayu. Sebab itu saya bertudung. Apapun, semoga dia istiqomah dalam menutup aurat dan dapat mengajak mereka yang masih lagi degil itu bersama-sama menutup aurat.

Kepada wanita-wanita yang bertudung, jagalah akhlakmu, pelihara agamamu, janganlah mendatangkan fitnah pada diri dan agama. Jika bertudung, tutuplah auratmu itu selaras dengan apa yang dituntut dalam Islam. Bertudung tapi baju ketat, berlengan pendek, seluar ketat. Apa kejadah semua ini? Apa motif bertudung itu jika yang lain ditayangkan dengan rela? Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Ingatlah bahawa azab Allah itu amatlah pedih sekali.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.”

(al-Ahzab : 33 : 59)

Dari ayat di atas tadi, jelas pada kita bahawa pakaian sebilangan remaja kita kini bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Namun, mereka tidak menghiraukan yang demikian asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa ‘kononnya’ dan mengikut gaya fesyen terkini. Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian ’2H’, HALAL TAPI HARAM. Ini amat ketara jika kita perhatikan sekeliling kita, ramai juga remaja kita yang bertudung.

Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat, namun jika diperhatikan ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan ‘three quarter’ (tiga perempat) paling glamor di kalangan remaja yang bertudung. Suatu ketika dulu, pakaian demikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah pakaian yang dialu-alukan. Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak ‘bersangkutan’ dan ‘berampaian’ di gedung-gedung perniagaan di negara kita ini.

Apapun, sebanyak mana dalil-dalil dari al-Quran dan Hadis diberikan, selagi mana hati kita tidak selesa, selagi itu kita akan memberontak. Begitu juga saya, jika ada sesuatu yang saya tidak suka, saya akan buat tak endah dan melawan. Manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan, namun kita hendaklah sentiasa muhasabah dan perbaiki diri ini. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayahNya kepada kita.

Baca lebih lanjut pada rujukan yang disertakan dibawah.

Wassalamu’alaikum.

5660290050 7978e6d2d4 z Aurat   Kena Tunggu Datang Seru?

Rujukan:
- Pakaian Remaja – Dimana Silapnya?
- Jabatan Agama Islam Selangor
- Blog UZAR : Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa
- iLuvislam.com
- Penjelasan tudung : al-Azim.com
- Blog Selamat Tinggal Dunia
- Quran.com
- FB KautharHilmyZ
- Gambar diambil dari Google Images

pixel Aurat   Kena Tunggu Datang Seru?

Facebook Comments

comments

Comments

6 Responses to “Aurat – Kena Tunggu Datang Seru?”
  1. Raimi Ramziah says:

    Terima kasih. Artikel yg amat bermanfaat.

  2. Hi there it’s me, I am also visiting this web page on a
    regular basis, this web page is actually nice and the
    users are in fact sharing nice thoughts.
    wisata pulau tidung recently posted.. wisata pulau tidungMy Profile

  3. dapet diskon..wkwkwkwkwkkw

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge