Sunday, 11 December 2016

Sami Yusuf – Wherever You Are

samiyusufwhereveryouare Sami Yusuf   Wherever You Are

basmalah Sami Yusuf   Wherever You Are

Alhamdulillah, akhirnya ter’update’ juga blog saya, saya ingin bercerita sedikit tentang album terbaru Sami Yusuf. Post ini saya copy dan paste dari thread yang saya buka di komuniti.iluvislam.com. Segala pertanyaan, pendapat, atau apa2sahaja boleh lah balas di thread tersebut atau DISINI.

Assalamu’alaikum buat teman-teman,

Sementara menunggu masa pulang, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cerita salah seorang artis Muslim terkenal di dunia, seperti di tajuk yang tertera, beliau adalah Sami Yusuf.

Thread ini diwujudkan bertujuan untuk mewar-warkan kepada anda mengenai album ketiga beliau, Wherever You Are, dan juga bercerita sedikit tentang kisah yang berlaku antara Sami Yusuf dan Awakening.

Sebelum bercerita lanjut, saya ingin memastikan supaya anda tidak salah sangka terhadap thread ini, saya tidak berniat untuk mengaibkan Awakening atau Sami Yusuf, tetapi untuk memberikan maklumat buat mereka yang tidak mengetahui.

Anda pernah mendengar album beliau yang bertajuk Without You??
Ya, antara lagu yang popular adalah Asma Allah. Lagu yang menusuk kalbu buat si pendengar.

Album Without You, yang telah dipasarkan oleh Awakening Records merupakan album kontroversi antara Sami Yusuf dan Awakening. Saat album tersebut hendak dilancarkan, terdapat perselisihan faham antara Sami Yusuf dan Awakening mengenai kontrak beliau, salah faham ini berlarutan sehingga menyebabkan Sami Yusuf ‘lari’ atau keluar dari Awakening dan pergi ke ETM International. Ini menyebabkan pelancaran album Without You terumbang-ambing.

Setelah Sami Yusuf keluar daripada Awakening, Awakening telah mengambil langkah dengan melancarkan dan menjual album Without You tersebut dan masih boleh dilihat di laman web Awakening Records DISINI, Sami Yusuf tidak mengiktiraf album tersebut sebagai album ketiga beliau. Hal ini menyebabkan Sami Yusuf mengeluarkan bantahan dengan memberikan pengumuman kepada peminatnya supaya ‘ban’ album tersebut.

Tanggal 29 October 2010, tamatlah segala penantian buat peminat Sami Yusuf. Secara rasminya, album ketiga, Wherever You Are telah dilancarkan seperti yang anda boleh lihat DISINI. Sami Yusuf telah menulis “the new chapter finally begins with the release Sami Yusuf’s long awaited third album “Wherever You Are“.

Saya tidak berkompromi dengan mana-mana pihak, namun yang pasti, mereka dikenali sebagai gergasi dunia Muslim, Sami Yusuf dengan kelebihannya bernyanyi, dan Awakening dengan kelebihannya memperkenalkan artis-artis Muslim seperti Maher Zain. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, salah siapa yang buat keadaan jadi begini, namun janganlah disalahkan sesiapa, segala yang berlaku merupakan ketentuan Allah, insyaAllah ada hikmahnya.

Sampai disini saja coretan saya, nak balik kerja. icon smile Sami Yusuf   Wherever You Are

Terima kasih kerana sudi membaca, semoga anda jelas dengan perihal album Without You dan Wherever You Are yang mana kedua-duanya dikenali sebagai album ketiga.

Dibawah ini saya senaraikan tajuk lagu dari kedua-dua album, pastikan anda mendengar album Wherever You Are dan yang lebih pasti, dapatkan yang original di iTunes atau menggunakan Paypal.

Senarai lagu di album “Without You

  • Asma Allah
  • Without You
  • My Only Wish (interlude)
  • Forever Palestine
  • He Is There
  • Sallou
  • A Thousand Times
  • Never Never
  • Anything For You
  • Salutation
  • Not In My Name

Senarai lagu di album “Wherever You Are

  • Wherever You Are
  • Salaam
  • Without You
  • You Came To Me
  • Give The Young A Chance
  • Trials Of Life
  • Worry Ends
  • Fragile
  • In Every Tear, He Is There
  • Make Me Strong
  • No Word Is Worthy
  • Healing (Bonus Track)
  • You Came To Me (Arabic)
  • You Came To Me (Turkish)
  • You Came To Me (Farsi)

Dengarkan preview album Wherever You Are DISINI.

P/S: Terdapat lirik ber Bahasa Melayu didalam album terbaru ini. Lagu tersebut bertajuk “No Word Is Worthy“. Rangkap Bahasa Melayu didalam album tersebut seperti dibawah pada minit ke 3.33 :

(MALAY)
Ku mencari kata puji
(I searched for words to praise You with)

Buat menemani zikir hati
(Words to instill Your remembrance in my heart)

Namun tiada kalam yang pasti
(But no words are assuring enough)

Yang sesuci kalam ini
(As sacred as these)

Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

Sumber : Komuniti iLuvislam.com

pixel Sami Yusuf   Wherever You Are

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge