Sunday, 4 December 2016

Perutusan Khas Sempena Peperiksaan Akhir

exAm Perutusan Khas Sempena Peperiksaan Akhir

basmalah Perutusan Khas Sempena Peperiksaan Akhir

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat perjuangan, pembaca blog yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya dapat saya meluangkan masa untuk menitip sedikit pesan dan menyampaikan apa yang terbuku dalam hati. Pertamanya saya ingin mengucapkan: Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester Bagi Sesi 2009/2010 Amnya dan Khusus Bagi Diploma Sains Komputer Semester 3 Sesi 2009/2010. Semoga kita sama-sama berjaya.

Minggu peperiksaan merupakan minggu perjuangan bagi kita untuk mendapatkan kejayaan setelah bertungkus lumus menuntut ilmu sepanjang sesi semester kemudian pada akhir semester ilmu yang telah dipelajari itu akan diuji untuk memastikan kita benar-benar mendalami ilmu yang dipelajari. Peperiksaan yang diadakan dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini harapnya dapat memberikan kita semua keyakinan yang mantap disamping berusaha untuk mempertingkatkan amalan kita. Mudah-mudahan usaha kita akan diberkati dan dipernudahkan untuk menjawap peperiksaan dengan tenang Insya’Allah.

2723204429 124fa06b00 Perutusan Khas Sempena Peperiksaan Akhir

Saya percaya ramai di kalangan kita terhutang budi dengan pensyarah kita. Malah mungkin ada segelintir kita secara sengaja atau tidak telah melukakan hati mereka. Kita mungkin terlepas kelas akibat tertidur ataupun kita tertidur dalam kelas. Mungkin juga kita tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.

xmarbc Perutusan Khas Sempena Peperiksaan Akhir

Maka dengan itu, marilah kita gunakan kesempatan ini untuk memohon maaf dari para pensyarah kita dan mendoakan insan-insan yang telah berkorban untuk kita ini. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : “Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdo’alah untuknya hingga engkau menganggap bahwa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya.” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad)

Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memohon maaf dari para pendidik dan sahabat-sahabat atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan secara sedar atau tidak. Semoga Allah memberkati kalian atas segala usaha kalian. Amin. Kepada sahabat-sahabat, muslimin dan muslimat, panjatkanlah doa kepada Allah SWT semoga dipemudahkan urusan semasa menjawab soalan-soalan yang tertera pada kertas soalan. Tidak lupa juga pada sahabat-sahabat yang bukan beragama Islam yang lain, berdoalah mengikut cara dan amalan sahabat-sahabat sendiri. Yang penting di sini adalah, usaha itu adalah datangnya daripada kita sendiri.

Tidak ada apa lagi yang saya harapkan disini, selain mendoakan kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi samada dalam bidang akademik mahupun bidang-bidang diluar akademik yang mendorong kita ke arah kebaikan dan menyumbangkan kebaikan itu untuk sesama insan. Sekian sahaja perutusan saya untuk kali ini.

Semoga berjumpa lagi. Wassalam.

“Experiencing Technology, Evolution of Intelectual”

pixel Perutusan Khas Sempena Peperiksaan Akhir

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge