Sunday, 4 December 2016

Microsoft Windows 7

29 September 2009 by  
Filed under iLuvislam.Com, TechNoloGy

 

Assalamu’alaikum, Apa khabar semua, harap sihat hendaknya..  

Rasanya masih lagi sempat untuk mengucapkan Eid Mubarak Saeid 1430H kepada semua… icon smile Microsoft Windows 7

Windows 7 Build 72322 Microsoft Windows 7 

Windows 7 SAN FRANCISCO: Pengeluar terbesar perisian Amerika Syarikat, Microsoft hari ini secara rasmi mengumumkan Windows 7 akan menggantikan sistem operasi Vista yang tidak memuaskan pada Oktober 2009. “Kami sedang membuat penyeledikan yang mendalam terhadap produk Windows dan kami berbangga kerana maklum balas dan prestasi yang baik daripada produk yang dihasilkan,” kata Ketua Jurutera Windows Ray Ozzie.  

Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain. Windows 7 juga direka dengan ciri terkini yang dapat mempercepatkan tugas-tugas komputer serta memberi tumpuan kepada keserasian diantara aplikasi komputer dan alat penghubung yang lain. Setelah sekian lama membangunkan perisian sistem operasi Windows yang baru bawah nama kod “Windows 7?, akhirnya secara rasmi ia dinamakan Windows 7 juga.  

Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengapa ianya dinamakan Windows 7. Ianya dinamakan kerana ianya menggunakan Windows 7.0. Sebelum ini, Vista menggunakan Windows 6.0, dan XP Windows 5.0. Dengan hanya kurang 30 hari sahaja lagi untuk pelepasan rasmi Windows 7, ramai yang kini bersiap sedia untuk mencuba sistem operasi versi terkini daripada Microsoft ini. Melalui maklumat terkini, Microsoft memperlihatkan kemaskini kepada Windows 7 boleh mengambil masa sehingga 21 jam untuk selesai. 

Walaubagaimanapun, perkara ini bergantung kepada saiz hard disk anda, dan kuantiti data dan aplikasi yang sedia terpasang pada komputer anda. Berikut merupakan jadual ringkas yang memperlihatkan masa yang diambil berdasarkan sistem komputer anda dan kuantiti data yang terdapat pada sistem anda ketika proses mengemaskini dilakukan; 

windows7 upgrade Microsoft Windows 7 

Spesifikasi yang disyorkan untuk Windows 7 seperti berikut :  

Kelajuan processor : 1 GHz (Sama ada 32-bit atau 64-bit)
Memori (RAM) : 1 GB
Kad grafik : DirectX 9.0
Memori Grafik : 128 MB
Harddisk : 16 GB
Pemacu : DVD-ROM
 

Kenapa perlu pakai Windows 7??  

Proses boot/shutdown yang lebih cepat tentu akan memudahkan anda dalam keadaan yang cemas. Lebih cepat berbanding dengan Vista & sama taraf dengan XP.  

Tidak menggunakan saiz harddisk yang besar. Jimat ruang.. Boleh download banyak2 movie. 

Automatik cari driver, tak perlu buang masa 2, 3 hari utk cari driver.. (Kebanyakan driver aumatik install kecuali mungkin pada grafik kad, card reader.. ) dan banyak lagilah yang anda boleh rasakan sendiri bila anda guna nanti. 

Saya sebagai student Sains Komputer, amat terasa kelainannya dari menggunakan XP/Vista. Pastikan anda menggunakan yang original (sekarang guna RTM Trial). Pengguna Vista ada ke nak balas dendam guna yang pirate oleh kerana Vista suatu kegagalan? 

Kesimpulannya, Windows 7 jauh berbeza dengan Windows XP dan Vista yang anda gunakan sekarang. Untuk PC / Laptop yang baru beli selepas tarikh 26 Jun 2009, anda boleh update secara percuma (tapi kene bayar Shipping Cost) terus melalui laman Microsoft.

Kredit :
http://windows7news.com/

http://amanz.my/tag/windows-7/
http://www.izoblog.com/artikel/windows-7
http://ms.wikipedia.org/wiki/Windows_7
http://amanz.my/2008/10/nama-windows-7-di-gunakan-secara-rasmi/
http://www.ahmadsabri.net/2009/windows-7-oktober-ini/

p/s: copy paste je..tak larat nak taip bnyk2.. icon biggrin Microsoft Windows 7

pixel Microsoft Windows 7

Facebook Comments

comments

Comments

2 Responses to “Microsoft Windows 7”
  1. Pelajar Microsoft/Windows7 says:

    Assalamualaikum w.b.t

    Waa best aa lagu lam web nie…Islamik gituuu…Bagus tul la awak niie (admin…)
    Tul ker awak ni student Sains Komputer? Kan x nak cayer… cume nak kan kepastian (sori bnyk2 eaa)…syabas laa tuk awak…dah laa layan lagu Islamik, pas2 student Sains Komputer lak…fuyyo..hebat tul laa ko nie..Alhamdulillah, ade lagi mamat soleh cam ko skang nie..bagus2…sayer do`akn awak akan jadik lbh hebat dari Bill Gates & mengasaskan OS Islam yg hebat…k, by…

    Wassalam…

    • MaKR says:

      Wa’alaikumsalam….
      Syukran.. ;-)
      Aaa.. Sains Kom, InsyaAllah akn smbung Software Engineering nnt..
      JZKK.. Semoga kita sama2 dapat bangunkan Islam.. ;-)
      InsyaAllah sy akn cuba yg terbaik utk Islam..

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge