Sunday, 11 December 2016

Kuala Lumpur Bandar Kebudayaan Islam 2009

6 May 2009 by  
Filed under Islam

klcic Kuala Lumpur Bandar Kebudayaan Islam 2009basmalah Kuala Lumpur Bandar Kebudayaan Islam 2009

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — Kuala Lumpur adalah satu daripada empat bandar raya utama dunia yang dipilih sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Katanya pemilihan Kuala Lumpur, yang diputuskan dalam Persidangan Menteri-menteri Kebudayaan Islam 2006 di Libya, adalah berdasarkan lima kriteria utama iaitu memiliki status sejarah yang unik serta budaya yang kukuh, kemampuan membanggakan terhadap keupayaan universal dan Islam. “Selain itu, bandar raya ini juga mempunyai pusat penyelidikan saintifik, arkeologi dan manuskrip yang menjadi rujukan kepada penyelidik, menjadi tumpuan kebudayaan, kesenian dan warisan aktif serta mempunyai kemampuan memelihara, memulihara sejarah dan warisan negara,” katanya kepada pemberita selepas menerima nota tugas daripada bekas Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini Rabu.

Selain Kuala Lumpur, Baku di Azerbaijan juga dipilih sebagai bandar raya Islam bagi rantau Asia, Kairouan, Tunisia pula bagi rantau Arab dan N’Djamena, Chad bagi rantau Afrika. Rais berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan sambutan Kuala Lumpur-Kota Kebudayaan Islam 2009 (KLCIC 2009) di Muzium Kesenian Islam pada 5 Mei. “Sebagai kota kebudayaan Islam, Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti yang bersifat pendidikan, saintifik dan berunsur kebudayaan berdasarkan kepada panduan oleh Isesco,” katanya. Rais berkata sebanyak 227 aktiviti berkaitan kebudayaan dan kesenian Islam akan diadakan sepanjang tahun ini antaranya pameran berunsurkan Islam, penerbitan buku berkaitan warisan seni bina masjid dan surau, ceramah, persembahan kesenian dan siaran televisyen yang membincangkan isu berkaitan Islam. — BERNAMA

klcic4mei09 Kuala Lumpur Bandar Kebudayaan Islam 2009

Malaysia, Model Bagi Negara Islam, Kata Abdulaziz KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) — Kejayaan Malaysia terutamanya dalam bidang pendidikan, sains dan budaya, menjadi model untuk dicontohi oleh dunia Islam, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Islam (Isesco) Dr Abdulaziz Othman Altwaijri. “Kami perlu meniru kemajuan Malaysia, perubahan yang dilakukan di negara yang indah ini bagi menggalakkan negara Islam lain supaya melabur dengan banyak dalam bidang pendidikan, sains dan budaya, agar dunia Islam boleh mendapat manfaat daripada sumber dan kemudahan sedia ada yang akan menjadikan negara anggota kita bersaing,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di sini Isnin. Abdulaziz berada di sini untuk menghadiri pelancaran acara ‘Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Budaya Islam bagi 2009′. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan melancarkan acara itu esok. Kuala Lumpur dipilih sebagai sebuah daripada empat bandar raya utama dunia pada Persidangan Menteri-Menteri Budaya Islam 2006 di Libya. Seperti Kuala Lumpur, Baku di Azerbaijan dipilih sebagai Ibu Kota Budaya Islam bagi rantau Asia; Kairouan di Tunisia sebagai Ibu Kota Budaya Islam bagi rantau Arab dan N’Djamena di Chad sebagai Ibu Kota Budaya Islam bagi rantau Afrika. Sempena sambutan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Budaya Islam, Isesco akan melaksanakan 12 aktiviti dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta kementerian lain. Abdulaziz berkata antara aktiviti yang dicadangkan termasuk Isescom mewujudkan sebuah pusat bahasa di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor bagi mempromosikan bahasa Arab, yang akan menjadi pusat untuk melatih guru dan pendidik dari negara anggota Isesco di rantau Asia. Mengenai pemilihan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Budaya Islam, beliau berkata bandar raya yang dicalonkan mesti mempunyai status sejarah yang disahkan dan memberi sumbangan cemerlang kepada budaya Islam serta sejagat, yang disahkan menerusi kerja-kerja sains, kebudayaan, kesusasteraan dan kesenian oleh cendekiawan, seniman, golongan intelek serta penulis, katanya. Ditanya apakah yang diharapkan daripada Kuala Lumpur Sebagai Ibu Kota Budaya Islam, beliau berkata antara lain bandar raya itu diharap dapat menjelaskan mengenai sejarah dan sumbangannya terhadap ketamadunan secara am. –

BERNAMA

pixel Kuala Lumpur Bandar Kebudayaan Islam 2009

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge