Sunday, 4 December 2016

Selamat Hari Guru

16 May 2009 by  
Filed under al-Ahya' Yaumiyan

basmalah Selamat Hari Guru

Assalamu’alaikum.. Dikesempatan ini, daku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 yang ada. Anda seorang guru? Selamat Hari Guru..huhu…

guru2 Selamat Hari Guru

Buat guru2 tersayang yang telah mengajarku, guru Pasti, SRA. Kg. Medan, MDM, SAMTH, Komputer, PLKN, KUIS, Kem Belia, Kadet Laut, ala.. ramai lagi ni, tak tertulis la… Terutama IbuBapa ku… Selamat Hari Guru daku ucapkan kepadamu semua… icon smile Selamat Hari Guru Haish, teringat lak saat2 dimarah, diherdik, dimanja.. :p Terima kasih wahai guru2ku.. Barokallahufikum ya muallimi…

hglogo2 Selamat Hari Guru

Apa Tema Hari Guru 2009?? Tak tau..??? Apelah.. “Guru Pembina Negara Bangsa”. Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 Tahun 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (Islamic Civilization Park), Pulau Wan Man, Terengganu. Sape berkelapangan boleh la pergi…hihi…

Kenapa 16 Mei?? Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari Guru

logohariguruq Selamat Hari Guru

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

 

Wah, macam promot laman web hariguru je ni..hihi… Apepon, buat guru2 semua, teruskan jasamu berbakti pada AGAMA, dan NEGARA.. Bangsa?? Boleh la.. 1 Malaysia punya pasal… Teruskan jasamu berbakti pada AGAMA, BANGSA, dan NEGARA.. icon smile Selamat Hari Guru

kredit : http://www.moe.gov.my/hariguru/index.html 

Tahsin Quran Training Centre

Ha, ni salah satu dari keje sy, abg Imran suruh buat la… hu.. Tahsin Quran training Centre (TQTC) merupakan salah satu cara bagi mereka yang ingin belajar, masih lemah membaca al-Quran ataupun disamping meluangkan masa cuti sekolah daripada perkara yang tidak berfaedah… So promote la pd ibubapa korang supaya meletakkan adik2mu dan dirimu sekali disitu..hihi… Apepun, jangan kita lupa bahawa al-Quran adalah pegangan kita, janganlah memandang remah bende2 ni ok… Supportlah mereka yang ingin melebarkan sayap agama Islam..

 

kredit : http://tahsinquran.com/ 

Kahwin

Akhir Kalam, esok kakak aku nak kenduri dirumah lelaki kat Sabak Bernam.. Nikah pada bulan 12 tahun lepas. Family lelaki nak buat kenduri sama2 dengan adiknya sekali… senang..huhu… Doakan kebahagian mereka sehingga akhir hayat..

walimatulurus Selamat Hari Guru

OK.. Barokallahufikum ya sodiqi…

Wassalam…. icon smile Selamat Hari Guru

pixel Selamat Hari Guru

Facebook Comments

comments

Comments

One Response to “Selamat Hari Guru”
  1. Rufor says:

    Thanks for article. Everytime like to read you.
    Thank you

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge