Sunday, 11 December 2016

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

5 January 2009 by  
Filed under al-Ahya' Yaumiyan

kubur Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

bismi Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Assalamu’alaikum….

Salam sejahtera buat semua..
Firman Allah Ta’ala :

al anbiyaa Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Al-Fatihah buat pensyarah saya Allahyarham Samsul Hamid bersama isterinya yang sedang hamil dan anaknya yang berumur 3 tahun yang kembali ke rahmatullah semalam. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh…
Berita lanjut disini :

 

SHAH ALAM – Tiga beranak maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, Nissan Frontier di Kilometer 53.7, Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Kampung Terap, Kuala Selangor semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu, kereta yang dipandu oleh Penolong Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Samsul Hamid, 30, yang sedang dalam perjalanan menghala Tanjung Karang dirempuh Frontier berkenaan secara berdepan.

Samsul dan isterinya, Sumarte Jaha, 28, yang hamil lima bulan dan merupakan Penolong Pendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang manakala anak lelaki mereka Ammar Firdauz, 3, mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Hussin Omar ketika dihubungi memberitahu, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari Tanjung Karang menuju ke Kuala Selangor.

Wassalam..

pixel Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge