Pemberian Rebat Telefon Pintar RM200 Disambung Semula 3 September
25 August 2013 by Mahmud Al-Kauthar
Filed under Android, BlackBerry, Komputer, Teknologi
Assalamu’alaikum Wrt. Wbt.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pakej Komunikasi Belia – Rebat RM200 SKMM akan dibuka kembali. Setelah tawaran rebat ini ditutup kerana telah mencapai sasaran sebanyak 1.5 juta permohonan, kerajaan melalui Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata bahawa rebat ini akan disambung semula bermula 3 September 2013.
Berikut laporan dari BERNAMA:
HULU TERENGGANU, 25 Ogos (Bernama) — Kerajaan akan menyambung semula pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G kepada golongan belia bermula 3 Sept ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata sebelum ini program itu dihentikan sementara untuk memantau keberkesanannya.
“Kita akan agih semula baki pada 3 Sept ini,” katanya kepada pemberita ketika mengagihkan Jalur Gemilang di Manir dekat sini Sabtu.
Katanya kerajaan sudah membelanjakan RM1.42 juta sejak program itu bermula Mac lepas.
Kerajaan menganggarkan seramai 1.5 juta belia berumur antara 21 dan 30 tahu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan berpeluang menikmati kemudahan itu.
— BERNAMA
Kepada yang masih belum berkesempatan mengambil rebat ini, boleh lakukan demikian bermula 3 September 2013. Sila hebahkan berita ini. Semoga bermanfaat.
Sekian.
Wassalamu’alaikum Wrt. Wbt.
Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Software Engineer
mail [at] kauthar [dot] net

model hp msih sme/tlh d tukar?
knp tak bagi rebet pada orang tak berkampuan knp kebanyakan yg dapat rebet 200 ory yang mempunyai wang atau gaji yg besar.
sampai bila tawaran ini dibuka, kata samapi 17hb 9 betul ker.
xbley reg ni canner???
borangnye mane? xde pon…
Semoga di mendatang hari ada pemberian rebat telefon pintar …
Rina recently posted.. Create MySQLi & PHP To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database Table