Sunday, 9 August 2020

Hyper-V : Virtual Machines di Windows 8

basmalah

Assalamu’alaikum Wrt. Wbt.

Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana di atas limpah dan rahmatNya kita masih lagi dapat bernyawa di muka bumi ini. Selamat menyambut tahun baru masihi, 2013.

Sebagai orang IT, developer, programmer dan seumpamanya, mencuba beberapa sistem operasi pasti menjadi salah satu dari perkara yang harus dicuba. Antara sistem operasi yang terkenal seperti Windows XP, Vista, 7, 8, Ubuntu, FreeBSD dan lain-lain. Kebiasaannya, mencuba sistem operasi ini dilakukan menggunakan VirtualBox mahupun VMWare. Namun, kehadiran Windows 8 Pro telah didatangkan dengan sokongan virtual machines yang dikenali sebagai Hyper-V untuk pengguna Windows x64/64-bit dan menggunakan cip pemprosesan SLAT seperti Intel Core i3 dan ke atas.

Hyper-V adalah pengurus virtual machines (VMM) yang membolehkan virtualisasi platform dilakukan pada Windows. Ia membolehkan anda untuk menjalankan sistem operasi Windows atau Linux sebagai gantian untuk VirtualBox, VMware mahupun Windows Virtual PC. Windows 8 Hyper-V benar-benar berguna jika anda mahu menjalankan Windows 7 atau Windows XP pada Windows 8 Pro anda.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan Hyper-V di Windows 8 Pro anda.

LANGKAH MENGAKTIFKAN HYPER-V

Langkah 1 : Taip Feature di Windows Menu anda. Klik Settings dan pilih Turn Windows features on or off.

1. Taip Feature

Langkah 2 : Tanda pada Hyper-V dan tekan OK. Restart komputer anda.

2. Tanda Hyper-V

Langkah 3 : Icon Hyper-V akan terpapar di menu anda. Klik Hyper-V Manager untuk memulakan aplikasi Hyper-V.

3. Icon Hyper-V

Langkah 4 : Paparan Hyper-V. Klik Connect to Server untuk membuat virtual machines baru.

4. Connect to Server

Langkah 5 : Pilih Local computer dan tekan OK.

5. Local computer

Langkah 6 : Klik New dan pilih Virtual Machine….

6. New

Langkah 7 : Klik Finish untuk tetapan default (terus lihat langkah ke 14). Namun pada saya, tetapan sendiri lebih sesuai. Klik Next untuk tetapan sendiri.

7. Mula tetapan

Langkah 8 : Namakan virtual machine anda. Dalam kes saya, saya namakan Windows 8. Buang tanda pada Store the virtual……. Klik Next.

8. Namakan VM anda

Langkah 9 : Tetapkan memori/RAM virtual machine anda. Sekiranya RAM anda melebihi 2GB, tetapkan sebanyak 1024MB. Jika kurang 2GB, tetapkan 512MB.

9. RAM

Langkah 10 : Klik Next pada Configure Networking. Biarkan ia dalam tetapan default.

10. Network

Langkah 11 : Namakan virtual hard disk anda. Dalam kes ini saya namakan Windows 8. Set lokasi lain jika anda tidak mahu simpan pada lokasi asal. Tetapkan saiz harddisk paling kurang 30GB. Klik Next.

11. Virtual Hard Disk

Langkah 12 : Pilih cara pemasangan anda sama ada menggunakan CD/DVD, fail ISO dan lain-lain. Dalam contoh ini saya menggunakan fail ISO. Pilih Install an operating system from a boot CD/DVD-ROM dan pilih Image file (.iso).

12. Cara pemasangan

Langkah 13 : Sahkan tetapan anda. Klik Finish untuk sahkan.

13. Sahkan tetapan

Langkah 14 : Klik Connect… di sisi kanan bawah untuk membuka Virtual Machine anda.

14. Buka VM

Langkah 15 : Virtual Machine anda akan terpapar seperti rajah di bawah.

15. Paparan antara muka

Langkah 16 : Klik pada menu Action > Start atau tekan butang keyboard Ctrl+S untuk mulakan Virtual Machine anda.

16. Menu Start

atau cara mudah tekan butang Power di bawah menu untuk mulakan.

16. Butang menu

Langkah 17 : Virtual Machine anda akan dimulakan.

17. Startup

Tahniah! Anda berjaya memulakan Virtual Machine anda. Video pemasangan Virtual Machine akan di selitkan setelah muatnaik ke YouTube tamat. icon smile Cara Memasang Windows 8

InsyaAllah pada kemaskini akan datang saya akan sertakan beberapa kelebihan lain pada Windows 8.

Selamat mencuba. icon wink Cara Memasang Windows 8

 

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (2011-2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
al.kauthar [at] live[dot] com

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

2 Responses to “Hyper-V : Virtual Machines di Windows 8”
  1. Anonymous says:

    As-salam…sy nak tnya….soalan n xde kaitan ngan entri kat ats n tp sy ad soalan sket…sy sbnarny ad trformat laptop n dlm laptop tu ad keja yg sgt2 pntg…then, sy lupa nak buat backup…soaln sy: ad possibility tak sy bleh dpt blik keja tu n then mcm na? ad tak software mna2 yg leh recover data tu? tma ksh…

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge