Tuesday, 18 February 2025

Google Play dan iLuvIslam Radio (iLiRadio)

Assalamu’alaikum WRT WBT

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana kita masih lagi dilimpahkan dengan nikmat Iman dan Islam. Semoga kita sama-sama menjaganya dengan sempurna.

Apa itu Google Play?

Google Play adalah perkhidmatan kandungan digital daripada Google yang diperkenalkan pada Mac 2012. Ia merupakan online store untuk musik, filem, buku, serta aplikasi Android, games dan pemain media. Google Play boleh diakses melalui laman web, aplikasi Play Store di Android serta Google TV. Google play adalah hasil dari penjenamaan semula Android Market dan Google Music.

 

Ahad lalu saya telah pun mendaftarkan diri sebagai Developer Android di Google Play dengan kos $25 (RM80). Saja gatal tangan nak cuba-cuba. Ini la kali pertama saya membayar menggunakan VISA dari Bank Islam Visa Debit Card-i sejak saya perbaharuinya 2 tahun yang lalu (2010).

(Resit digital dari Google)

Oleh kerana tak tau nak upload apa dalam akaun tu, jadi saya pun upload aplikasi cuba2 saya, iLuvSolat.

Get it on Google Play

 

Pada hari rabu pula saya upload aplikasi iLiRadio for Android setelah saya kemaskini ke versi 2.1. Beberapa perubahan telah saya lakukan seperti antara muka aplikasi tersebut yang minimal dan kemas.

Get it on Google Play

Masih ada beberapa penambahbaikan sedang saya lakukan untuk iLiRadio ni. Manakala untuk iLuvSolat saya hentikan dahulu kerana sedang membuat kajian tentang projek akhir saya dalam kursus Kejuruteraan Perisian ini. đŸ™‚

Semoga artikel ini mendapat manfaat bersama. Sebarang cadangan dan komen amat dialu-alukan. ^_^

Wallahu’alam. Wassalamu’alaikum WRT WBT.

 

Oleh:
Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (2011-2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mahmud [at] iluvislam [dot] com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

2 Responses to “Google Play dan iLuvIslam Radio (iLiRadio)”
  1. Wonderful beat ! I wish to apprentice while you amend your
    website, how could i subscribe for a blog website? The
    account helped me a acceptable deal. I had been tiny bit acquainted of this your broadcast offered bright clear concept
    lose weight with shakes recently posted.. lose weight with shakesMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge