Friday, 21 March 2025

Hukum Menggunakan Mesin Basuh – Ustaz Zul (Video)

Assalamu’alaikum Wrt. Wbt.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sentiasa dibawah rahmat Allah SWT. Alhamdulillah, dapat juga saya mengemaskini blog ini. Hati selalu ingin kemaskini, namun tiada idea, sejam sebelum saya menulis tentang topik ini, apa yang ada difikiran adalah untuk post berkenaan topik cinta. Namun, dek kerana tidak tahu apa nak diceritakan, hilang begitu sahaja.

Topik kali ini berkenaan hukum membasuh pakaian menggunakan mesin basuh. Persoalan seperti “adakah membasuh menggunakan mesin basuh ini menyucikan pakain dari najis atau tidak”, “bagaimana pula dengan air musta’mal” sering sahaja berada difikiran saya, walaupun saya tahu ianya dibolehkan, namun tiada penjelasan yang benar-benar jelas yang boleh membuatkan saya lebih faham.

Lima minit yang lalu saya terlihat post Ustaz Zulkifli Ahmad di Facebook beliau berkenaan perkara ini. Saya mula mendengar ceramah-ceramah Ustaz Zul apabila saya mendengar mengenai penjelasan Ustaz Zul berkenaan Tudung Hana Tajima, boleh lihat DISINI, walaupun ada yang perlekehkan atau mempersoalkan penjelasan beliau (tidak pasti mereka alim atau jahil), namun saya ambil yang positif dimana ianya untuk mendidik agar muslimah-muslimah yang freehair mula berjinak dengan tudung. Dan bagi saya, penjelasan ustaz tu amat mudah jika diamati.

Sambung kembali, saya pun membuka link yang Ustaz Zul sertakan di post beliau, setelah saya dengar dan amati, akhirnya persoalan saya terjawap oleh video beliau yang kemas, menarik, jelas dan santai. Jom kita lihat apa yang Ustaz Zul kata:

 

Jika video gagal berfungsi, sila klik link dibawah:
http://www.youtube.com/watch?v=1IwKMqydhX8

Kesimpulan yang dapat kita ambil dari video ustaz adalah menggunakan mesin basuh adalah kemudahan yang diizinkan oleh syara’. Walaupun demikian, najis Aini (jelas / boleh dilihat) hendaklah dibuang terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam mesin basuh.

Jazakallah ya ustaz kerana membuat video ini. Semoga bermanfaat kepada kita semua hendaknya. Teruskan dakwah ustaz yang santai dan mudah difahami. (:

Sekian, Wassalam.

Facebook Fan Page – Ustaz Zulkifli Ahmad
Twitter – UstZulPandan
Website – www.ustazzul.com
YouTube – Silkhannas

Musik pembukaan dan penutup yang merdu oleh Irfan Makki ft Maher Zain – I Believe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

10 Responses to “Hukum Menggunakan Mesin Basuh – Ustaz Zul (Video)”
  1. totok says:

    mesin basuh itu apa ya…baru tahu ada mesin basuh…:)maaf agak gaptek nih hehe
    totok recently posted.. Jilbab Kaos MoklaMy Profile

  2. Milky Smile says:

    salam,,, nk tnyam :: najis Aini (jelas / boleh dilihat) hendaklah dibuang terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam mesin basuh.,, kalau air kencing dikira macam mana yer? najis aini ker tak?

  3. alhamdulilah gunakan tanpa was-was.

  4. Salam. Pakaian bernajis yang dibasuh dalam mesin basuh perlu dibilas semula dengan air lalu. Soalannya, jika saya ingin menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian lain yang tidak bernajis selepas basuh pakaian bernajis, adakah mesin basuh (fully auto) itu juga perlu dibilas dengan air lalu di dalamnya?

  5. Terimakasih Informasinya berkaitan dengan artikel yang ditulis di web ini. Ditunggu Kunjungan baliknya.

  6. terimakasih atas informasi yang telah anda berikan. kami tunggu kunjungan baliknya.
    jual drumband recently posted.. Promo Peralatan Drumband Dalam Rangka Menyemarakkan Bulan Suci RamadhanMy Profile

  7. Terimakasih atas informasi yang telah anda berikan. kami tunggu kunjungan balik dari anda.

  8. Terimakasih untuk informasinya yang bermanfaat ini

  9. terimakasih atas informasinya berkaitan dengan hukum-menggunakan-mesin-basuh

  10. terimakasih untuk informasi yang berguna ini

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge