iLuvislam.com & Radio Online
23 April 2011 by Mahmud Al-Kauthar
Filed under iLuvislam.Com, Islam, Komputer, Laman Hikmah, TechNoloGy
Assalamualaikum sahabat sekalian.
Radio online kini tumbuh seperti kata pepatah, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Anda dengar lagu2 yang sedang berputar di blog saya ini?? Itulah dia radio online terbaru yang baru sahaja dibuka kepada umum. Seperti tajuk post ini, radio online tersebut ialah Radio iLuvislam.com. Radio ini telah dirancang sejak tahun 2009 lagi. Saat itu saya sebagai krew baru iLuvislam.com dipertanggungjawabkan untuk membuat beberapa kajian tentang online radio ini. Dan kajian itu sedikit sebanyak memberikan saya pengalaman dan pembelajaran tentang cara2 untuk membuat online radio. Namun saya tidak meneruskan kerana sibuk dengan final year projek serta praktikal.
Hari ini, Radio iLuvislam.com telah dibuka untuk didengari sebagai percubaan. Sekiranya ada komen, cadangan, pandangan, teguran bolehlah diluahkan untuk sama- sama membaiki kekurangan kita ini. Sekiranya anda ingin embed radio ini di blog2 anda, boleh lah copy dan paste code yang saya sediakan di sidebar saya, juga link untuk anda yang tidak boleh mendengar secara terus dari browser seperti sebahagian dari anda yang menggunakan Mozilla Firefox 4.0 pada Windows 7 64-bit.
InsyaAllah Radio iLuvislam.com dengan tema “Dari Hati ke hati / Minal Qalbu Ilal Qalbu / From Heart to Heart” akan dilancarkan secara rasmi di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari selasa, 26 April 2011 akan datang.
Bawah ini petikan yang saya ambil dari artikel di laman web iLuvislam.com. Jemput baca. :-)
Alhamdulillah, Radio iluvislam di lancarkan secara Beta Test harini!!!
Komen dan Cadangan Serta Kritikan
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah. Syukur kepada Allah Swt kerana memberikan kami di iLuvislam peluang dan ruang untuk melangsungkan Beta Test Radio ILuvislam.com. Kini dibuka kepada para pengunjung setia iluvislam.com bagi mendapatkan Komen, Cadangan mahupun apa jua Feedback, terutamanya dari segi kualiti bunyi, kualiti pautan dan kelajuan (terutamanya bagi pengguna broadband sama ada menggunakan PC, Tabloid, Ipad, Ataupun Aplikasi Android). Sila berikan komentar anda di ruangan komen di bawah, ataupun emailkan kepada qaiyum[at]iluvislam.com. Ada boleh menghubungi kami di talian 03-4251 6702.
Para pengunjung yang dirahmati Allah Swt boleh mendengar siaran radio ini melalui Website Kami di radio.iluvislam.com dengan semua jenis Browser yang telah tersedia plugin Window Media Player, Real Player, Quicktime Player dan lain-lain Plugin Tersediabina browser. Disyorkan menggunakan browser Google Chrome dan Mozilla Firefox.
Selamat Mendengar! Bismillahirrahmanirrahim!
UPDATE:
Bawah ni saya sediakan embed code untuk anda letakkan di blog/web anda. Ada dua pilihan, yang pertama “autoplay”, dan yang ke dua “manual play”.
- Autoplay – Buka blog anda dan radio akan terus dapat didengar.
- Manual Play – Anda perlu tekan butang “Play” untuk mendengarnya.
Anda hanya perlu copy dan paste kod ini di widget, module atau coding mengikut kesesuaian anda.
Autoplay:
Manual Play:
Sekian sahaja untuk post kali ni, bercadang nak buat post tentang upgrade blog ni. Tapi masih belum kesampaian. đŸ™‚
Wassalamu’alaikum.
Yang benar,
Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Diploma Sains Komputer
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
mahmud[at]iluvislam.com
Kredit : iLuvislam.com

Tahniah buat iluvislam. đŸ™‚
Jangan lupa dengarkan selalu. đŸ˜‰
MaKR recently posted.. Bagaimana untuk Pindah-Transfer WordPress dari Main-Domain ke Sub-Domain atau sebaliknya
It’s hard to find your website in google. I found it on 12
spot, you should build quality backlinks , it will help you to increase traffic.
I know how to help you, just search in google – k2 seo tips and tricks
Jason recently posted.. Jason
I read a lot of interesting posts here. Probably you spend a lot
of time writing, i know how to save you a lot of time, there is an online tool that creates
readable, SEO friendly posts in seconds, just search in google – laranitas free content source
Toni recently posted.. Toni