Thursday, 18 April 2024

iLuvislam.com Semakin Diterima Ramai

Oleh: Imran Koyube
Editor: Ruzaini

Sinar Harian, 4 Oktober 2009, Ruangan N10: Nasional @ Sinar.

Alhamdulillah, iLuvislam.com dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Astro Oasis, Al-Ansar Corporation & Nasyid.com berjaya menganjurkan B2B (Back to Basics) kali ke-2 pada hari Sabtu lepas, 3 Oktober 2009. B2B yang bertempat di Garden Cafe, Kompleks Karangkraf Shah Alam kali ini bertemakan Hari Raya & Kekeluargaan dimeriahkan lagi dengan kedatangan kumpulan Nasyid Mestica. B2B merupakan satu aktiviti ‘gathering’ bagi krew-krew & ahli-ahli iluvislam.com serta para staff Karangkraf. Misi B2b adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin pengunjung iLuvislam.com di seluruh dunia dalam sesuatu masa yang ditetapkan oleh penganjur. Jutaan terima kasih kepada semua krew & ahli jemputan iluvislam.com yang hadir serta semua sahabat yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakannya. Ada yang memasak rendang, lemang, ketupat, laksa penang, bihun goreng dan pelbagai kuih muih. Juga ada yang membeli sate beratus-ratus cucuk. Alhamdulillah, sedap-sedap semuanya.

Setelah kata alu-aluan dari pengerusi majlis, saudara Dini Syarif & pembacaan doa oleh Ustaz Raimi (Dr Cinta), majlis diteruskan dengan ucapan & perkongsian dari CEO Karangkraf, Dato’ Hussamuddin, presiden iLuvislam.com & kumpulan nasyid Mestica. B2b kali ini amat special. Antaranya, kami amat terharu kerana hampir semua top management Karangkraf turun padang tanda sokongan. Lebih menarik, semasa ucapannya, Dato’ Hussamuddin mengatakan bahawa kerjasama di antara iLuvislam dan Karangkaf, naik lagi satu level iaitu dengan pelancaran majalah mingguan@tabloid iLuvislam tidak lama lagi. Alhamdulillah, lesen penerbitan baru sahaja diluluskan oleh kerajaan beberapa minggu lepas.

InsyaAllah, tabloid iLuvislam akan dirasmikan pada pertengahan Disember 2009. Antara objektif penubuhan tabloid ini adalah ‘Discover the Beauty of Islam’ dalam printed version. Jadi, tidak lama lagi, iLuvislam bukan sahaja di dalam online version, malah akan ada dalam printed version.

 

Tabloid ini akan dipasarkan ke seluruh negara seperti majalah dan surat khabar Sinar Harian. Tidak seperti kertas surat khabar, kertas yang bakal digunakan untuk tabloid berkenaan adalah kertas putih tebal seperti tabloid EDGE yang berada di pasaran. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pembaca menyimpan tabloid berkenaan dan dijadikan koleksi.

Buat masa ini, kami sedang berinterkasi dan berurusan dengan staf Karangkraf berkenaan terma dan syarat tabloid iLuvislam dan perancangan seterusnya dalam rangka kerjasama dengan ayah angkat kita. Mohon doa sahabat-sahabat semua agar segalanya berjalan dengan baik dan diberkati Allah. 

Ucapan Dato’ kali ini memang penuh berisi dan sempoi. Memang setiap kali kami berjumpa dengan beliau, pasti ada sahaja ilmu dan pengalaman baru yang kita pelajari. Kali ini, isi utama bagi perkongsian Dato’ adalah, untuk mendapatkan apa yang kita mahukan, kita mestilah berusaha. Bukan setakat usaha, tetapi kita perlu berusaha secara berterusan.

Jika kita mahu sebarkan the beauty of islam, kita perlu berusaha dan terus berusaha sampailah kita menemui ajal kita. InsyaAllah, berkat usaha kita, kita mengharapkan keredhaan Allah dan kejayaan hakiki di akhirat nanti. B2B kali ini juga ditambah seri lagi dengan pelbagai kejutan dari Event team Malaysia. Terharu rasanya. Kek ulang tahun iluvislam ke-3 tempahan event team sangat cantik! Kini, iluvislam telah berumur 3 tahun jagung bermula penubuhannya pada 3 September 2006.

Setelah jamuan raya, kami beramai-ramai ke surau Kompleks Karangkraf yang baru sahaja dirasmikan oleh Dato’ beberapa hari lepas. Solat Zohor berjemaah dilaksanakan & sesudah itu kami mendengar tazkirah syawal dari penasihat iluvislam.com, Ustaz Zahir. Pengisian Ustaz Zahir menekankan pentingnya kita mempunyai pemahaman akidah yang tepat & jelas dalam segala pekerjaan yang dilakukan termasuk pada setiap usaha yang disumbangkan dalam iluvislam.com.

Seusai sahaja aktiviti kami di surau, kami bergotong royong mengemas Garden Cafe hingga ke waktu Asar & kembali solat berjemaah bersama-sama. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang berpenat lelah & mengikuti sehingga akhir program. InsyaAllah disisi Allah, sudah pasti ada ganjaran pahala bagi mereka yang merancang aktiviti, membantu mengangkat kerusi, membersihkan meja dan lain-lain.

Beberapa gambar semasa B2B:

PA030032 by ahyA1912.

PA030028 by ahyA1912.

Klik DI SINI dan DI SINI untuk paparan koleksi gambar lain-lain. 

Akhir kalam,

Together WE strengthen OUR ukhuwah & Together WE make history for OUR ummah!

 

Dari : iLuvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

2 Responses to “iLuvislam.com Semakin Diterima Ramai”
  1. Awesome things here. I’m very satisfied to look your post.
    Thanks a lot and I’m having a look forward to touch you.
    Will you kindly drop mme a e-mail?
    Jual / Toko Furniture / Meubel / Mebel Murah recently posted.. Jual / Toko Furniture / Meubel / Mebel MurahMy Profile

  2. Thiss is the right site for anyone who hopes to understand this
    topic. You understand so much its alost hard to argue with you (not that I
    personally will need to…HaHa). You definitely put a fresh spin on a topic which has been written about
    for ages. Wonderful stuff, just great!
    Jual Sarung Tangan Kiper recently posted.. Jual Sarung Tangan KiperMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge