11 Buah Tangan
12 July 2009 by Mahmud Al-Kauthar
Filed under Bicara, Islam, Politik
Sahabat-sahabat UMNO tak habis-habis menyindir saya semalam. ‘Apa lagi, rakyat nak? Tu baru 11, kalau 20 tak taulah’ katanya. Saya kata, ‘Sebelum ini pun banyak jugak goodies-goodies yang enak seperti DEB, kemana sekarang?’ Saya malas nak berhujah panjang kerana mereka nampak semacam nak tunjuk ‘keras-keng’.
11 ‘goodies’ dari Najib:
1- Diskaun tol Pengguna Smart Tag dan Touch n’ Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, dapat diskaun 20 peratus.
Penjawat awam berulang alik dari rumah ke pejabat purata 2 kali sehari. Ini bermakna sebulan mereka hanya menggunakan 2kali x 5 hari (seminggu bekerja) x 4 minggu (sebulan) = 40 kali/sebulan. Golongan ini terlepas diskaun 20 %.
2- Rumah rakyat 44,000 rumah rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.
Sepatutnya banyak lagi rumah di jual. Sudah kenalpasti berapa rakyat miskin yang memerlukan rumah? Harganya bagaimana? Pelaksanaannya bagaimana? Terjamin tiada penyelewengan?
3- Lesen penjaja Peniaga kecil di Wilayah Persekutuan diberi potongan 50 peratus untuk perbaharui lesen.
Revenue dari cukai premis dan perniagaan yang besar di Wilayah Persekutuan terlalu banyak dan melebihi untuk ‘cover’ revenue dari lesen penjaja. Lesen yang ‘token’ (sekitar 80% potongan) dikenakan kepada penjaja sudah memadai.
4- Permit teksi 3,000 lagi permit teksi untuk individu ditambah dalam masa tiga bulan akan datang.
Seperti yang telah lalu, penganugerahan permit teksi hanya terhad kepada penyokong UMNO, MCA dan MIC sahaja. Penyelewengan demi penyelewengan pasti berlaku.
5- Cegah jenayah Langkah drastik bagi kurangkan jenayah dan rasuah diumumkan penghujung bulan ini.
Tunggu dan lihat. Tetapi yang pasti dan tidak dapat dinafikan lagi jenayah tetap meningkat.
6- Daftar kelahiran Permohonan di Sabah dan Sarawak dipermudahkan. Baki permohonan akan diselesaikan sedikit masa lagi.
Mengenalpasti dan pengesahan yang melahirkan anak itu adalah warganegara Malaysia.
7- Jalan luar bandar Pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak ditambah dalam tempoh RMK-10.
Sepatutnya sudah lama dibina, jangan hanya menunggu semasa musim pilihanraya saja.
8- Bekalan air dan elektrik Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah Dan Sarawak. Perincian diumumkan akhir bulan ini.
Sudah sekian lama rakyat Sabah dan Sarawak yang kaya dengan hasil bumi tinggal didalam kegelapan.
9- Latihan motosikal Kadar bayaran latihan tunggang motosikal 250cc ke bawah dikurangkan kepada RM211 mulai 1 September.
Had umur mendapat lesen ada keperluan dikaji semula, kalau tidak makin ramai wujud ‘samseng jalanan’.
10- Tambah peruntukan Peruntukan Tekun Nasional ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda India.
Harap sampai ke kumpulan sasaran. Jika pintu rasuah masih terdedah, selagi itu jangan bercakap pasal bantuan.
11- Unit amanah Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz 10 bilion unit akan diperkenalkan.
Pem’bahagian kek’ ini jangan di dasarkan kepada siapa yang kuat makan dan boleh makan banyak.
Kredit : al-Brangi

Ok la 2 at least dapat jgak ringankan beban rakyat.Jangan jadi macm pihak yang 1 lagi masa pilihan raya bukan main janji itu ini,bila dah dapat baru cakap itu x oleh buat coz duit x cukup n macm2 lagi.ada plak 2 diselangor duit pprt dinaikkan 100% sampai golongan ibu tunggal terpaksa keluar koz x mampu nak bayar.itu ke yang dibanggakan sangat.dunia2 yang jelas2 nmpak x betul ditutup mata.Yang nak bagi senang dicari helah nak memburukkan semua 2.Salam