Friday, 17 January 2025

File word (*.doc / *.docx) anda hilang?

1 May 2009 by  
Filed under Komputer, TechNoloGy, Tutorial

Assalamu’alaikum kawan2…

Bagaimana iman korng harini? Sihat??

Seperti tajuk yg tertera..korg mst pernah mengalami kejadian camni..tak korg membe korg pon mst pnh kan…

Ramai diantara kita yang mungkin mengalami masalah ini. Buka saja pendrive, file yang dicari hilang. Tidak dapat dikesan. Dah la file penting. Nak print ni..Tapi dah hilang pula. Masalah ini kadang-kadang terjadi disebabkan virus atau worm telah meng ‘hidden’ kan file tersebut dengan menge ’set’ file tersebut dengan attrib hidden dan file system. Dan diganti dengan file virus atau worm yang seakan-akan file asal dengan nama yang sama.

Kebiasaannya aku mencari lokasi virus tersebut dan delete semua yang berkaitan dengannya… Pastu, komputer telah bebas dari jangkitan… Namun apa yang aku lihat kesemua fail Word telah hilang dari lokasi asalnya… Lalu aku membuka “show hidden files and folder” dan disable “hide protected operating system files” melalui [Folder Option > View] dan akhirnya aku dapati kesemua fail itu masih di tempatnya tetapi dalam mode super hidden…

Super hidden word file

Bagaimana hendak memulihkan kesan dari serangan virus ini? Berhari² aku mencari penyelesaiannya dan akhirnya aku jumpa juga dan kini giliran anda untuk mencubanya sendiri jika anda tergolong dalam golongan mangsa… Di bawah aku sertakan contoh super hidden file dan 3 cara untuk menyelesaikannya…

 

super hidden file

1. Menggunakan Perisian Attribute Changer

Muat turun perisiannya DI SINI dan install… Kemudian ikuti langkah² bergambar di bawah dan lihat hasilnya.

Right Click > Change Attributes:

Right Click > Change Attributes

Untick the red boxes:

Untick the red boxes

Apply changes:

Apply changes

2. Menggunakan Fail Script

Anda boleh muat turun fail script ini DI SINI dan jika malas muat turun, anda ciptalah fail tersebut melalui gambar yang disediakan di bawah… Kemudian ikuti langkah² yang perlu…

Buka notepad, taip seperti rajah dibawah. Save sebagai “fix supperhidden.bat” tanpa quotes (” “) dan type file “All Files“:

Write those in notepad and save as "fix supperhidden.bat" without quotes

Letakkan file yang disave tadi pada folder word anda, dan tekan file tersebut:

Hit the script file then you're done

* Tukar kan .doc kepada .docx pula selepas itu untuk membolehkan fail word 2007 dan ketas.. 

3. Menggunakan Software UnHid.

Neology Lab telah membangunkan satu aplikasi mikro yang mampu menggubah attrib file yang berkenaan kepada asal. Dengan menggunakan perisian ini, anda mungkin dapat kembali file anda itu. Korg boleh muat turun perisian ini secara percuma DI SINI.

Prosedur mengembalikan attrib file kepada asal. (unhidden, write and read, dan normal)

  1. Copy perisian ini ke mana-mana folder yang dikehendaki. Contoh copy ke dalam C:\User\All Users\Documents
  2. Run aplikasi ini.
  3. Pilih directory/folder yang terlibat. Tick kan include subfolder jika perlu.
  4. Pilih sama ada mode All Files atau Selected extension. Korang boleh gunakan lebih daripada satu extension. Hanya pisahkan dengan koma. Cth : doc,docx,txt.
  5. Klik “UnHid Now!”

Habis…sebenarnya ada macam2 cara lagi…tp ni antara 3 cara termudah la.. selalu aku gune cara ke 3, gune UnHid. Habis sume yg hidden kuar, termsuk yg private..hihi….

Selesai sudah tips yang aku hendak berikan… Jika anda hendak mencubanya, bolehlah muat turun fail word yang telah terkena efek super hidden DI SINI

Ok la…da pukul 2… ngn tok lor… semoga bertemu dilain masa…

Wassalam….. 

Credit to :

Kill-Vearn

NeoLogy Lab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

4 Responses to “File word (*.doc / *.docx) anda hilang?”
  1. abang_mie90 says:

    Erm..post yg bagus..tp..mcm mn nak kenal fail yg dijangkiti virus, dan mcm mn nak delete fail tersebut? Terima Kasih..

  2. MaKR says:

    macamane nak kenal?

    kalo file anda tetibe hilang, kemungkinan besar memg sudah dijangkiti virus, anda scan gune antivirus seperti avira, sekiranya avira detect file anda yang hilang itu sebagai virus, memg sah la file tu ad virus, hanya delete file yg avira edtect, dan lepas tu gunakan UnHid ataupun cara yg ada diatas..

    Virus ni mengcopy file anda dan jadikanya sebagai file .exe, file yg .doc/.docx anda die hide kan sebagai “System Hidden” seperti yg ditunjikkan diatas.

  3. Kill-Vearn says:

    Salam.. Thanx 4 the credit & Unhide Software.. Moga ilmu yg disebarkan memberi manfaat pada semua…

  4. MaKR says:

    Wsalam…

    Afwan.. 🙂

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge