Saturday, 25 March 2017

Foto Hari Ini

16 September 2016 by  
Filed under Wordless

Allahurabbi..menitis airmata saat menerima perkhabaran ini. .Tiada kata yang mampu ku ucapkan. .إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ….أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَه وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار..Kenyataan Takziah Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.TUAN GURU HARON DIN:ULAMA YANG TIADA GALANG GANTI.Di pagi Jumaat yang mulia hari ini, kita semua mendapat perkhabaran duka pulangnya Allahyarham Tuan Guru Haron Din ke pangkuan Ilahi sewaktu mendapatkan rawatan di California Amerika..Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ( DPPNS) mengambil kesempatan ini untuk merakamkan takziah kepada ahli keluarga, sanak saudara, anak murid, rakan perjuangan Tuan Guru di atas kepulangannya ke pangkuan Ilahi..Redhailah kepulangannya dan sama-samalah kita mendoakan agar Tuan Guru Haron Din ditempatkan bersama sama mereka yang dirahmati Allah SWT bersama para Nabi, Siddiqin, Salihin dan para syuhada..Jadikan Almarhum sebagai inspirasi kita untuk terus berjuang dengan Islam dan dimatikan dalam perjuangan Islam.."Menderap Jalan Istiqamah".Us Ahmad Hakimi OthmanPengarah Jabatan PeneranganDewan Pemuda PAS Negeri SelangorKP DPPKKSJumaat | 16 Sept 2016


 Foto Hari Ini

Posted by kautharhilmyz – from Instagram.

pixel Foto Hari Ini

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge