Sunday, 20 August 2017

Foto Hari Ini

26 August 2014 by  
Filed under Wordless

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah kurnia dan inayahNya sempurna sudah pengijazahan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian Dengan Kepujian. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Terima kasih yang tidak terhingga buat umi abi, kakak abang adik yang banyak mengajar dan mendidik anak mu dan adik mu ini dengan didikan yang mulia. Juga kepada cikgu2, pensyarah2, rakan2, teman2, kenalan2, syarikat2, semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu diri ini menimba setitik ilmu yang luas terbentang, terima kasih. Semoga dengan setitik ini akan bertambah menjadi secawan, sebekas, sebaldi dan seterusnya. Ilmu Allah SWT amatlah luas bagi hambaNya yang berfikir. Terima kasih juga buat isteriku tercinta yang menambahkan lagi kemanisan dalam kehidupanku ini. Tidak lupa juga buat Tan Sri Dato Sri MB yang dapat meluangkan masa memberikan ijazah walau ditanganmu banyak amanah dan tugas yang perlu dipikul. Terima kasih kepada semua.


914492 686490878112429 822846001 n Foto Hari Ini

Posted by kautharhilmyz – from Instagram.

pixel Foto Hari Ini

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge