Thursday, 25 April 2024

Pemberian Rebat Telefon Pintar RM200 Disambung Semula 3 September

25 August 2013 by  
Filed under Android, BlackBerry, Komputer, Teknologi

Assalamu’alaikum Wrt. Wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pakej Komunikasi Belia – Rebat RM200 SKMM akan dibuka kembali. Setelah tawaran rebat ini ditutup kerana telah mencapai sasaran sebanyak 1.5 juta permohonan, kerajaan melalui Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata bahawa rebat ini akan disambung semula bermula 3 September 2013.

Berikut laporan dari BERNAMA:

HULU TERENGGANU, 25 Ogos (Bernama) — Kerajaan akan menyambung semula pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G kepada golongan belia bermula 3 Sept ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata sebelum ini program itu dihentikan sementara untuk memantau keberkesanannya.

“Kita akan agih semula baki pada 3 Sept ini,” katanya kepada pemberita ketika mengagihkan Jalur Gemilang di Manir dekat sini Sabtu.

Katanya kerajaan sudah membelanjakan RM1.42 juta sejak program itu bermula Mac lepas.

Kerajaan menganggarkan seramai 1.5 juta belia berumur antara 21 dan 30 tahu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan berpeluang menikmati kemudahan itu.

— BERNAMA

 

Kepada yang masih belum berkesempatan mengambil rebat ini, boleh lakukan demikian bermula 3 September 2013. Sila hebahkan berita ini. Semoga bermanfaat.

Sekian.

Wassalamu’alaikum Wrt. Wbt.

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Software Engineer
mail [at] kauthar [dot] net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

7 Responses to “Pemberian Rebat Telefon Pintar RM200 Disambung Semula 3 September”
  1. model hp msih sme/tlh d tukar?

  2. knp tak bagi rebet pada orang tak berkampuan knp kebanyakan yg dapat rebet 200 ory yang mempunyai wang atau gaji yg besar.

  3. Siti Aida says:

    sampai bila tawaran ini dibuka, kata samapi 17hb 9 betul ker.

  4. Nik Emma says:

    xbley reg ni canner???

  5. Rina says:

    Semoga di mendatang hari ada pemberian rebat telefon pintar …
    Rina recently posted.. Create MySQLi & PHP To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database TableMy Profile

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. […] (25 / 8 / 2013) Rebat RM200 SKMM Akan Disambung Semula Pada 3 September 2013 […]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge