Saturday, 20 April 2024

JomSolat untuk PlayBook dan BlackBerry 10

Assalamu’alaikum WRT WBT

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi dilimpahkan dengan nikmat Iman dan Islam. Semoga kita sama-sama menjaganya dengan sempurna.

Pada 19 Februari 2013 yang lalu, saya telah mendaftar diri sebagai Vendor di BlackBerry. Pendaftaran ini adalah percuma, tidak di kenakan sebarang bayaran. Tidak seperti iOS dan Android yang mana pembangun perlu mendaftar dan membayar yuran pendaftaran. Ia mengambil masa sekitar 48 jam untuk dapat pengesahan dari pihak BlackBerry.

Vendor Approval

Vendor Approval

Alhamdulillah setelah sekian lama memasang niat untuk membuka akaun untuk BlackBerry, berjaya juga. InsyaAllah jika ada rezeki, akan datang pula akaun iOS.

JomSolat

JomSolat

Apakah sebab utama saya membuka akaun Vendor BlackBerry ini?

Sebab utama saya membuka adalah untuk meneruskan perjuangan aplikasi JomSolat. BlackBerry 10 memudahkan pembangun menjalankan aplikasi Android di BB10 dan saya mengambil peluang tersebut mencubanya. Hasilnya ketika saya menjalankan di simulator BlackBerry 10 amat memuaskan. Berikut adalah gambar dari simulator BlackBerry 10.

JomSolat BlackBerry 10

JomSolat BlackBerry 10

(Klik gambar untuk besarkan)

Manakala dibawah pula adalah gambar JomSolat yang dijalankan pada device BlackBerry 10 Dev Alpha. Terima kasih kepada saudari Hafafah kerana sudi membantu mencuba aplikasi ini di BlackBerry 10.

JomSolat BlackBerry 10 Device

JomSolat BlackBerry 10 Device

(Klik gambar untuk besarkan)

Namun dari maklum balas dari S. Hafafah, terdapat force close berlaku pada beberapa keadaan. Namun begitu, kesemua fungsi yang ada pada JomSolat dapat dijalankan dari segi swipe, bacaan solat, permainan satu dan permainan dua. Cuma kadang-kadang force close berlaku secara tiba-tiba.

Setelah pengesahan sebagai vendor diterima, saya menambah aplikasi JomSolat yang telah saya port kan ke dalam akaun vendor. Tidak seperti Google Play, aplikasi yang dimuatnaik di vendor akan di review terlebih dahulu oleh mereka sama seperti di iOS, ia memakan masa dari seminggu hingga dua bulan atau lebih berdasarkan kepada forum yang saya baca di forum BlackBerry.

Pending Review

Pending Review

Jika anda lihat di situ, status masih lagi dalam Pending Review. Harap-harap tidak terlalu lama. Terdapat juga aplikasi iLuvislam.com dan iMuslim.my yang saya cuba-cuba bangunkan.

Bagi para pembangun yang membangunkan aplikasi Android dan BlackBerry dan ingin memuatnaik aplikasi anda, namun tidak dapat/mahu membuka akaun sendiri, boleh hubungi saya untuk saya invite anda dalam akaun saya sebagai developer. Aplikasi anda akan dimuatnaik dibawah akaun Kauthar.Net.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini. Semoga bertemu lagi di artikel yang akan datang. Semoga mendapat manfaat dan kongsikan bersama.

Jazakallahu Khairan Kathira.

Wassalamu’alaikum Wrt. Wbt.

 

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
al.kauthar [at] live [dot] com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

3 Responses to “JomSolat untuk PlayBook dan BlackBerry 10”
  1. Jefry says:

    dengan aplikasi jomsolat ini akan makin mendekatkan kita sama Tuhan
    terima kasih atas info apliasi yang bermanfaat ini
    Jefry recently posted.. Prospek Peluang Bisnis Daur Ulang Sampah Yang MenjanjikanMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge