Friday, 19 April 2024

ShoutMix Menghentikan Perkhidmatan Percuma Bermula Januari 2012

22 December 2011 by  
Filed under Komputer, TechNoloGy

UPDATED (22 Jan 2012): Sebagai alternatif anda boleh gunakan Fibox Chat ataupun Shout Busuk. đŸ™‚

Pada post yang lalu saya ada mengumumkan tentang ShoutMix v3 yang mana ianya merupakan antara chatbox yang amat sesuai untuk para blogger. Namun dukacita dimaklumkan yang versi percuma ShoutMix v3 dan juga versi lama akan dihentikan perkhidmatannya bermula Januari 2012.

Pihak ShoutMix mengatakan mereka tidak mampu untuk menampung kos penyelenggaraan mereka kerana hampir keseluruhan pengguna menggunakan versi percuma. Bagi saya, perkara ini akan merugikan mereka, namun ini strategi pemasaran mereka. Saya sendiri tidak terasa untuk membayar $0.99 setiap bulan hanya untuk ShoutMix sahaja. Banyak lagi alternatif lain yang boleh digunakan.

Apapun, semoga strategi mereka ini berjaya. Berikut artikel berkaintan yang saya peroleh dari Laman Teknologi semasa, Amanz.my:

Salah satu perkhidmatan kotak sembang yang popular adalah ShoutMix, yang mana sehingga kini menawarkan perkhidmatan percuma dan berbayar, selain baru-baru ini telah mengemaskini perkhidmatan mereka kepada versi 3, membawakan pelbagai perubahan. Namun, amat mendukacitakan, disebabkan sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka akan menghentikan perkhidmatan percuma tidak lama lagi.

Salah satu sebab adalah kerana mereka tidak dapat menjana pendapatan melalui perkhidmatan percuma mereka. Walaubagaimanapun, perkhidmatan berbayar yang akan diperkenalkan adalah berpatutan, dimana mereka akan memperkenalkan pakej khas, semurah $0.99 sebulan.

Bagi mereka yang sedia menggunakan perkhidmatan percuma ShoutMix buat masa ini, ia dijangka akan dihentikan bermula 1 Januari 2012 kelak.

Sumber:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge