Thursday, 18 April 2024

Cara-cara mengaktifkan Facebook Timeline (Beta)

23 September 2011 by  
Filed under Komputer, Laman Hikmah, TechNoloGy, Tutorial

Seperti sedia maklum, Facebook telah diperkenalkan beberapa tahun yang lepas, dimana melaluinya para pengguna telah berkongsikan pelbagai perkara melalui laman sosial tersebut. Segala data yang dikongsikan mempunyai nilai sejarahnya tersendiri, dan menariknya kini anda boleh mengaksesnya dengan mudah melalui fungsi baru yang diperkenalkan oleh Facebook dinamakan sebagai Timeline.


Melalui Timeline, ia membolehkan anda mengakses semua perkara yang pernah anda kongsikan dengan mudah. Dan menariknya, lebih banyak perkara anda kongsikan, Timeline anda akan menjadi lebih menarik untuk dilihat.

Baca artikel selanjutnya berkenaan Timeline di Amanz.My.

Bagaimana untuk mendapatkan Timeline di profile anda? Ikuti langkah-langkah dibawah (klik gambar untuk lebih jelas):

1- Buka page Developer (https://developers.facebook.com/apps), Allow Access sekiranya anda belum pernah membuat sebarang aplikasi.

2- Klik pada Create New App dan masukkan nama yang anda mahukan. Contoh Display Name: Timeline dan Namespace: my_timeline_profile.

3- Pada sidebar di sebelah kiri, klik Open Graph.

4- Lengkapkan ayat diruangan yang disediakan. Contoh: “People can read a book”. Seterusnya tekan Get Started.

5- Klik Save Changes and Next pada page pertama dan kedua. Pada page ketiga klik Save and Finish (sekiranya anda Advanced user, boleh cuba ubah data yang dipaparkan).

6- Buka laman utama Facebook (http://www.facebook.com), kotak notifikasi untuk Timeline akan dipaparkan. Ikut langkah yang diberikan, try n error.

7- Sekiranya anda berpuas hati, bolehlah tekan pada Publish Now.

8- Siap.

Buat masa ni, hanya mereka yang sudah mengaktifkan aplikasi Developer sahaja yang akan dapat melihat Timeline anda. Yang lain hanya dapat melihat profile lama anda (Only developers will be able to see my new timeline. Everyone else will see my old profile).

Anda boleh mengemaskini Timeline anda bermula dari anda dilahirkan sehingga kini. Anda cuma perlu halakan mouse anda di garisan tengah sehingga jadi bentuk “+” dan klik.

 

Biru: Butang untuk kemaskini Timeline anda.

Merah: Perbezaan antara update status biasa dan update status pada garisan (butang “+”). Update status pada garisan kalendar akan dipaparkan untuk anda kemaskini mengikut tarikh yang anda mahukan. Namun, kalendar tersebut hanya boleh dipilih bermula pada hari kedua anda dilahirkan sehingga kini.

Hijau: Kalendar yang dipaparkan, saya lahir pada 22 Jun 1990, kalendar ini hanya boleh dipilih bermula 23 Jun 1990.

Untuk kembali ke profile lama, anda cuma perlu Delete aplikasi ini.

1- Buka https://developers.facebook.com/apps.

2- Pilih aplikasi Timeline anda.

3- Tekan pada Edit App.

4- Pada sidebar kiri di bahagian bawah sekali tekan Delete App.

5- Siap.

 

Update: Jom lihat video Review Facebook Timeline di YouTube atau dibawah. đŸ™‚

Rujukan:

Facebook

Amanz.My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

19 Responses to “Cara-cara mengaktifkan Facebook Timeline (Beta)”
  1. L says:

    Verify facebook kena letak number hp ?

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. […] 2    Profile:    Sekiranya Profile tersebut tidak menggunakan Timeline, scrolldown dan lihat dibawah list Friends, ada […]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge