Thursday, 25 April 2024

Salam Maal Hijrah 1432H

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarokatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah kerana kita masih lagi dilimpahi dengan nikmat Iman dan Islam, semoga kita akan berkekalan dengan nikmat2 ini. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat serta seluruh Muslimin dan Muslimat.

Disini saya ingin mengucapkan;

SALAM AAM JADID, SANAH HIJRIAH 1432H

KULLU AAM WA ANTUM BIKHAIR

KULLU SANAH WA ANTUM TOIYIBIN

MINAL FAIZIN AL MAQBULIN

AAM JADID WA ALFUN MABRUK

TAQOBBALALLAH MINNA WA MINKUM


Post mengenai tahun baru 1430H aku yang lalu boleh dibaca DI SINI. Antara yang tertera adalah kewujudan blog ini. Blog ini pada asalnya dibawah domain WordPress.com telah beralih ke SciPC.Net pada Februari 2009 sebelum beralih ke domain iLuvislam.com pada April 2009 dan kekal sehingga kini, alhamdulillah. SciPC.Net merupakan sebuah laman web untuk pelajar Sains Komputer. Namun kerana beberapa masalah teknikal, maka SciPC.Net tidak dapat diteruskan. SciPC.Net telah tamat pada Mac 2010.

Berkenaan domain dibawah iLuvislam.com, saya mula menjadi krew iLuvislam.com bermula April 2009, dari situ saya telah mengenali Presiden iLuvislam.com, saudara Imran Koyube. Terima kasih diucapkan buat saudara Imran Koyube (Presiden iLuvislam.com) kerana sudi meletakkan blogku dibawah domain iLuvislam.com bermula April 2009 sehingga kini. Semoga iLuvislam.com terus maju dan tercapai segala Misi dan Visi. 🙂

InsyaAllah, azam baru bagi tahun 1432H beserta 2011M telah bermula yang mana azamku untuk menjadi usahawan (YA! USAHAWAN). InsyaAllah. Terima kasih kepada seseorang (siapa ya) yang mengingatkanku supaya membayar zakat perniagaan apabila telah berjaya. Walaupun kecil-kecilan, namun masih ada hak asnaf disitu.

InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi dan mencapai azam ini selewatnya bulan November 2011. 🙂

Ok lah, saya ingin kongsikan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijriah yang dipetik dari laman web JAKIM :

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun

 

 

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan“.

 

Kadang-kadang ada yang mengatakan bid’ah lah, tidak ikut syariat lah. Mungkin ada perkara bid’ah yang boleh membawa kepada kesesatan, namun umumnya, perkara dan benda yang baik, kita kongsikan bersama. Lebih-lebih lagi doa, kerana Allah akan memperkenankan doa hambaNya.

Firman Allah SWT:

Maka tidak perlulah kita nak pertikaikan benda yang baik. Perkara-perkara mungkar banyak didepan mata, namun perkara yang baik ini yang kita pertikaikan. Berhijrah lah wahai ummat Islam sekalian, kerana hijrah itu membawa perubahan, berhijrahlah dari yang buruk kepada yang baik, dari yang hina kepada yang mulia, dari yang sesat kepada kebenaran. InsyaAllah, Allah akan membantu kita umat Islam semua. Marilah kita selalu mengingati Allah dan perbanyakkanlah berzikir kepadaNya, kerana telah termaktub didalam al-Quran:

Semoga kita sama-sama memperbaiki diri dan melaksanakan Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan beristiqomah dengan amalan kita, InsyaAllah. 🙂

Akhir kalam, marilah kita berpesan pada diri kita untuk kembali mengamal dan menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan muamalat kita seharian. Letakkanlah pertimbangan halal dan haram sebagai suatu perkara yang penting untuk kita ambil kira dalam setiap perbuatan kita. Ingatkan diri kita betapa matlamat redha dan kehidupan akhirat yang kekal abadi adalah hadaf dan tujuan yang sama-sama kita tuju.

Salam Maal Hijrah 1432H. Kullu ‘Aam Wa Antum Bikhair. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

Yang benar,

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Diploma Sains Komputer
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
al_kauthar90[at]yahoo.com

Blog saya boleh dibuka menggunakan link:

Kredit : JAKIM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge