Thursday, 18 April 2024

Mencipta Kata Laluan (Password)

2 October 2009 by  
Filed under Komputer, TechNoloGy, Tutorial

Katalaluan ( password ) sering kita anggap remeh. Dalam urusan seharian kita akan menggunakan katalaluan untuk mengakses email peribadi, login ke dalam sistem aplikasi dan lain-lain lagi. Salah satu daripada masalah pengguna mengenai katalaluan ini ialah pengguna sering terlupa katalaluan.

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi kebanyakan pengguna akan mencipta katalaluan mengikut nama yang mereka kenal contohnya nama binatang kesayangan, nama kekasih, nama ibu, nama bapa, nama kereta dan bermacam-macam lagi. Sebenarnya pada kaca mata pengodam (hacker) perkara ini boleh menjadi salah satu cara untuk mereka memasuki komputer dengan mudah tanpa menggunakan sebarang perisian untuk mengodam sekalipun.

Untuk mencipta katalaluan yang selamat dan mudah untuk diingat ikutilah langkah – langkah berikut :

JANGAN GUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI : Jangan menggunakan maklumat peribadi seperti tarikh lahir , nama binatang kesayangan , nama kekasih dan sebagainya. Adalah mudah sebenarnya untuk orang lain meneka katalaluan terutama rakan karib anda.

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN SEBENAR : Jangan sekali – kali menggunakan patah perkataan yang betul contohnya , ”password” . Anda boleh menggantikannya seperti ” paxword” atau ”pappword”. Ini adalah kerana pengodam mempunyai perisian untuk meneka katalaluan anda dengan mudah jika menggunakan perkataan sebenar.

GABUNGKAN PELBAGAI KAREKTOR : Katalaluan yang baik ialah yang digabungkan dengan pelbagai karektor contohnya “pa99$gh”

Password2

GUNAKAN AYAT TERINGKAS : Anda juga boleh menggunakan kaedah seperti ini. Ambil mana – mana ayat ataupun senikata lagu yang anda gemari kemudian ringkaskan seperti berikut. “I will love you forever” diringkaskan menjadi katalaluan : “Iwluf”.

GUNAKAN PERISIAN PENGURUSAN KATALALUAN : Terdapat perisian mudah yang boleh menguruskan katalaluan anda. Perisian ini akan membantu anda mencipta katalaluan yang paling baik. Contohnya password administrator. Cuba muatturun dari www.download.com

GUNAKAN KATALALUAN YANG BERBEZA : Gunakanlah katalaluan yang berbeza untuk mengakses mana – mana akaun yang berbeza. Ini adalah kerana amat berbahaya jika anda hanya menggunakan satu katalaluan sahaja. Jika seseorang telah mengetahui katalaluan anda maka keseluruhan akaun anda akan menghadapi risiko untuk di ceroboh.

UBAH KATALALUAN ANDA : Ubah katalaluan anda setiap sebulan sekali. Ini akan menyukarkan orang lain untuk meneka katalaluan anda. Begitulah antara kaedah yang boleh diamalkan oleh anda semua dalam mencipta katalaluan. Walaupun nampak remeh namun jika katalaluan anda telah diketahui orang lain maka risiko untuk menhadapi kebocoran atau kecurian maklumat amatlah tinggi. Semoga langkah diatas dapat diimplemenkan bukan sahaja untuk urusan peribadi malah anda juga boleh menggunakannya untuk jabatan anda.

Kredit : IT Info UTHM

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

One Response to “Mencipta Kata Laluan (Password)”
  1. Rina says:

    Untuk orang2 tertentu bisa sangat mudah membobol password kita bila kita tidak membuatnya sesulit mungkin dnegan berbagai rangkaian huruf, angka dan karakter
    Trims atas sharingnya
    Rina recently posted.. How To Create Login & Logout Using MySQL Database And PHP ScriptMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge