Sunday, 4 December 2016

gladlyCast – Update Twitter Menggunakan SMS

twittergladlycast1 gladlyCast – Update Twitter Menggunakan SMS

Antara fungsi yang menjadikan Twitter popular adalah kebolehan menghantar tweet terus menggunakan SMS. Fungsi ini berguna apabila anda tidak berada di hadapan komputer. Jadi walaupun anda sedang berada di luar, anda masih boleh mengemaskini status anda, membuat sebarang liputan, ataupun menghantar apa sahaja yang terlintas di dalam kepala, terus kepada Twitter.

Walau bagaimanapun, tidak semua nombor di Malaysia dapat digunakan untuk menghantar SMS kepada Twitter. Perkara ini pastinya mengecewakan sebilangan pengguna Twitter tempatan. Namun begitu, anda masih boleh menghantar tweet menggunakan SMS, melalui gladlyCast.

gladlycast gladlyCast – Update Twitter Menggunakan SMS

gladlyCast adalah sebuah aplikasi Twitter yang membolehkan semua nombor dari Malaysia dan Singapura untuk mengemaskini status Twitter mereka. Anda hanya perlu pergi ke laman web gladlyCast, dan log masuk menggunakan akaun Twitter anda. gladlyCast seterusnya akan memberikan arahan bagaimana anda boleh menghubungkan nombor telefon bimbit dengan akaun Twitter.

Setelah diaktifkan, anda boleh terus menghantar tweet dengan menghantar SMS ke +60 12 795 9876. Setiap SMS akan dicaj mengikut kadar biasa. Seperti apa yang anda lihat, gladlyCast menggunakan nombor Maxis. Jadi bagi para pengguna Maxis, anda boleh mendaftar nombor gladlyCast itu tadi ke dalam senarai Activ10, supaya setiap tweet yang dihantar hanya menggunakan 1 sen kredit sahaja.

Kredit : SembangKomputer

 

pixel gladlyCast – Update Twitter Menggunakan SMS

Facebook Comments

comments

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge