Thursday, 25 April 2024

Perutusan Aidilfitri 1430H

19 September 2009 by  
Filed under Raya

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..

Pertamanya marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan serta nikmat iman dan Islam kepada kita semua. Ramadhan tahun ini akan berlalu beberapa ketika saja lagi.. Alhamdulillah, kita dipertemukan dengannya. Semoga kita akan dapat bertemu di Ramadhan akan datang, berdoalah, “Allahumma Ballighni Ramadhan”..

Hari ini, kita telah menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan, dan kita akan menyambut ‘Eid Mubarak Sa’eid ataupun Hari Raya Aidilfitri sebagai satu tanda kemenangan kita dan kesyukuran kita terhadap nikmat yang telah diberikan Allah SWT kepada kita. Dengan kembalinya kita kepada keadaan fitrah iaitu dalam keadaan suci disebabkan mendapat keampunan Allah SWT setelah berjaya menempuh ujian disepanjang Ramadhan, maka sewajarnya kita mempertingkatkan ketaatan dalam melaksanakan perintah-perintah Allah SWT serta menjauhi larangan-larangan-Nya dengan ikhlas dan berharap benar akan keredhaanNya. Di samping itu kita juga hendaklah meningkatkan amal bakti kepada masyarakat dengan bekerjasama, bantu-membantu dan sebagainya. Ini kerana dengan demikian sahajalah, keharmonian hidup bermasyarakat dapat dikecapi dan dinikmati, yang akhirnya membawa kepada kegembiraan dan kebahagiaan.

Aidilfitri menjelang tiba dan kita semua akan meraikannya sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, Aidilfitri amat bererti kepada kita semua kerana ia merupakan wasilah untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim dengan kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Lupakan sengketa lama dan maaf bermaafan adalah amalan mulia yang dituntut oleh agama.

 

SALAM AIDILFITRI 1430H KULLU AAM WA ANTUM BIKHAIR MINAL AIDIN WAL FAIZIN AL-MAQBULIN

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

 

Kepada teman2 yang akan balik berhari raya di kampung dengan menggunakan kenderaan, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Pandu dengan cermat dan berhati-hati. Saya mendoakan semoga teman selamat sampai ke destinasi dan seterusnya merayakan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Sebagai peringatan bersama, di samping kesibukan dan keseronokan merayakan Aidilfitri yang berbahagia ini, janganlah kita lalai sehingga kita meninggalkan kewajipan kita sebagai umat Islam dan melakukan perkara yang boleh mencemarkan kemuliaan Aidilfitri ini seperti meninggalkan Solat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mengumpat, memakai pakaian yang mendedahkan aurat, menghidangkan hidangan yang haram dan bermacam-macam lagi kemungkaran. Semoga Aidilfitri yang kita rayakan benar-benar akan membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua. Amiin. Firman Alah SWT :

(Surah Ali Imran: 102)

 

Akhir kalam, semoga ibadah kita diterima Allah SWT hendaknya..

Wassalamu’alaikum.. đŸ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Comments

comments

Comments

One Response to “Perutusan Aidilfitri 1430H”

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. […] : Kauthar HilmyZ Sharing is lovingShareTweet Comments […]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge